Pesakit Diabetes Boleh Berpuasa


Bagi yang sihat dan tiada ahli keluarga menghidap kencing manis mungkin tidak tahu, berpuasa boleh mendatangkan mudarat kepada pesakit jika langkah kawalan tidak diambil. Antara masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis ketika berpuasa ialah hipoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma.

Ada pula yang bertanya, bolehkah pesakit kencing manis berpuasa? Kajian di 13 negara membabitkan 12,243 pesakit kencing manis mendapati, berpuasa boleh menyebabkan komplikasi jangka pendek. Namun pesakit boleh berpuasa jika penyakit terkawal, iaitu paras gula darah dalam lingkungan selamat (kira-kira 5.8 mmol/liter).


Negara kita ada lebih 1.2 juta pesakit kencing manis dan yang membimbangkan ialah, separuh tidak menyedari mereka menghidap penyakit ini kerana ia tiada tanda jelas. Kajian membuktikan kencing manis boleh diwarisi dan individu yang ada ibu, bapa, datuk atau nenek menghidap penyakit itu berisiko hampir 100% menghidap penyakit sama berbanding orang yang tiada sejarah kencing manis dalam keluarganya.

Cabaran Puasa

Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Bagaimanapun beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum seseorang pesakit dibenarkan berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan membahayakan nyawanya.

Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang. Cabaran kedua ialah masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.

Untuk membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8 mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa masalah. Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makan dan kawalan paras gula dalam darah, ini masa terbaik untuk memulakan program kawalan bagi mengelak terpaksa 'ponteng' puasa pada Ramadan.

Pesakit yang ingin berpuasa mestilah :

* Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur).

* Menyegerakan berbuka.

* Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor.

* Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.

* Kurangkan makan makanan manis.

* Mengawal penyakit dengan baik.

* Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi.

* Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa.

* Mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. Pesakit yang mengambil ubat makan berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau makanan berat lain. Manakala insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka.

Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk :

# Timbang berat badan pada awal Ramadhan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak).

# Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan kawalan diabetis.

# Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadhan. Untuk mengelak masalah, pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor.

# Mendapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Ketika berpuasa, pesakit perlu mengurangkan dos ubat bagi mengelak masalah hipoglisemia. Bagaimanapun, bincang dengan doktor mengenai perubahan dos ubat ini kerana sesetengah jenis ubat seperti metformin dan rosglitazone secara amnya kurang menyebabkan hipoglisemia.

Insulin.
Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:

* 3 kali suntikan — 2 dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur.

* 2 kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur.

Ketika berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan nyawa pesakit.

Tanda Hipoglisemia

# Menggigil.
# Terlalu lemah.
# Sangat lapar.
# Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk.
# Pucat.
# Berdebar-debar.
# Gelisah.
# Koma (keadaan terlalu teruk).

Tanda Hiperglisemia

* Kerap buang air kecil.
* Terlalu dahaga.
* Sangat letih.
* Terasa sesak nafas.

Tanda Dehidrasi

# Sangat dahaga.
# Kulit dan lidah menjadi terlalu kering.
# Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian.

Pesakit tidak dibenarkan berpuasa jika :

* Penyakit tidak terkawal kerana dikhuatiri menyebabkan komplikasi dan mendatangkan bahaya.

* Tidak mematuhi nasihat penjagaan pemakanan, pengambilan ubat dan insulin.

* Mengalami komplikasi kencing manis yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

* Kerap mengalami koma hipoglisemia.

* Sedang mengalami jangkitan kuman.

* Pesakit tua yang tinggal sendirian.

* Pesakit wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin.

* Pesakit berusia kurang 12 tahun.

* Kerap mengalami koma diabetik ketoasidosis. Ini keadaan kecemasan disebabkan hiperglisemia dan boleh membawa maut. Ia berlaku disebabkan badan kekurangan insulin untuk mengangkut gula dalam darah ke dalam sel dan digunakan sebagai tenaga.

Untuk terus berfungsi, badan menggunakan lemak sebagai tenaga tetapi pada pesakit kencing manis, lemak ini ditukar ke dalam bentuk keton. Masalahnya, badan menggunakan keton dengan perlahan dan menyebabkan paras keton dalam darah meningkat dan memasuki air kencing. Apabila memasuki air kencing, ia menarik banyak air dari badan untuk dibuang dan menyebabkan pesakit mengalami kekeringan sehingga boleh pengsan.


Penjagaan Pemakanan

Secara umumnya pemakanan ketika bulan puasa sama seperti hari lain, cuma pesakit diingatkan supaya makan secara bersederhana, tidak makan hingga terlalu kenyang dan minum banyak air masak. Pesakit tidak digalakkan makan kurma ketika berbuka kerana kandungan glukosnya (gula ringkas) sangat tinggi. Bagaimanapun jika mahu makan, pilih kurma kering dan bersaiz kecil. Hadkan kepada dua biji saja dan usah makan kurma basah kerana ia bersalut gula.

Jika mengalami tanda hipo atau hiperglisemia, anda disaran berbuka puasa, terutama jika tandanya jelas walaupun waktu berbuka hanya tinggal 30 minit. Pesakit disaran memilih makanan berkarbohidrat yang lambat mengeluarkan tenaga seperti nasi (beras perang), pasta, oat, gandum, barli, kekacang serta sayur-sayuran.

Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk tenaga, tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh makan nasi putih. Jika makan nasi putih, pastikan kuantiti sayur sama banyak dengan nasi. Jika nasi satu cawan, sayur juga perlu satu cawan kerana kandungan serat dalam sayur berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula (tenaga).

Pesakit kencing manis juga perlu berhati-hati memilih buah-buahan kerana kebanyakan buah-buahan tempatan mengandungi banyak gula. Kalau boleh, kurangkan makan tembikai sama ada tembikai merah atau kuning, nanas, cempedak, rambutan, nangka dan manggis. Sebaliknya gantikan dengan epal, plum, oren dan anggur.

Antara jenis makanan yang perlu dielak kerana menghasilkan tenaga dengan cepat ialah kuih-muih tradisional yang manis seperti kuih lapis, buah melaka, pengat dan bubur sumsum. Jika makan pengat sama pisang, ubi, labu atau keledek, makanlah isinya saja.

Elak makanan berlemak, bergoreng dan banyak minyak. Pilih kaedah masakan menggunakan sedikit atau tiada minyak seperti rebus, kukus, reneh dan bakar. Gantikan gula pasir atau gula merah dengan gula tiruan dalam masakan. Caranya, masak makanan anda tanpa gula. Masukkan gula tiruan sebelum makan. Jangan masak gula tiruan kerana makanan jadi payau. Bagi makanan bergoreng seperti nasi, mi atau mi hun goreng, makan dengan setengah piring sayur hijau.

Pesakit perlu memastikan berat badan tidak bertambah atau berkurang secara keterlaluan sepanjang puasa. Pesakit perlu maklumkan doktor jika berat badan bertambah melebihi 2 kilogram dalam masa 2 minggu berpuasa kerana ia menandakan anda mengalami dehidrasi.

Jika pada satu hari berat badan berkurang sebanyak 3%, segera berbuka puasa bagi mengelak dehidrasi. Penurunan berat badan mendadak dalam masa sehari bermakna pesakit kehilangan banyak air. Contohnya berat badan pada waktu pagi ialah 65 kilogram dan menjadi hampir 63 kilogram menjelang petang, maka pesakit perlu berbuka puasa dan minum banyak air.

Periksa Tahap Gula

Gantikan air yang hilang melalui kencing dan peluh dengan minum banyak air kosong pada waktu malam. Selain itu pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji empat kali sehari iaitu :

* Sebelum bersahur.
* 2 hingga 4 jam selepas bersahur.
* Sebelum berbuka.
* 2 hingga 4 jam selepas berbuka.

Tahap gula ini penting untuk membolehkan pesakit atau doktor membuat pengubahsuaian dos ubat dan insulin. Bagaimana hendak tahu sama ada ubat anda cukup atau tidak? Periksa paras gula selama 3 hari (6 kali sehari) selepas 2 minggu mengambil ubat iaitu apabila bangun pagi (paras gula puasa) dan selepas makan pagi, sebelum dan selepas makan tengah hari; serta sebelum dan selepas makan malam.

Paras gula sepatutnya tidak melebihi 2 mmol/liter selepas makan (daripada paras gula puasa). Jika paras gula dalam keadaan terkawal, bermakna dos ubat mencukupi, tetapi jika terlalu tinggi menandakan ubat tidak cukup. Bincang dengan doktor untuk mendapatkan dos ubat sesuai.

Pesakit kencing manis yang ingin bersenam ketika berpuasa dinasihatkan supaya mengukur paras gula dalam darah terlebih dulu. Mereka hanya boleh bersenam jika paras gula melebihi 6 mmol/liter. Jika paras gula kurang daripada 5 mmol/liter, jangan bersenam kerana pesakit boleh pitam.

Pakai pakaian longgar dan lakukan senaman memanaskan badan terlebih dulu. Selepas berjalan 20 hingga 30 minit, duduk rehat dan lap peluh untuk menurunkan suhu badan.

Contoh hidangan berbuka puasa :

2 biji kurma (bersaiz kecil).
Lebih 2 gelas air masak.
1 gelas air sirap (kurang manis).
1 keping karipap.
1 cawan atau 2 senduk nasi.
1/2 piring sayur hijau.
Tomyam ayam.

Selepas Isyak (atau tarawih) :

1 keping kuih pedas.
Lebih 2 cawan air masak.
1 cawan teh susu rendah lemak dan kurang gula (jangan minum teh yang dibancuh dengan susu pekat manis).
Sebelum tidur : Banyakkan minum air kosong.

Sahur :

1 cawan atau 2 senduk nasi.
1 ekor ikan masak asam pedas.
1/2 piring sayur hijau.
1/2 biji jambu.
Lebih 2 gelas air kosong.

Nota : nasi boleh diganti dengan roti pita, oat bran atau oat.

credit : Sihatselalu.com

Untuk penyakit Diabetes, saya syorkan beberapa produk seperti berikut;
  1. Fiber Plan Unflavoured - serat semulajadi tanpa perisa. Untuk mengelakkan sembelit, menyerap semua gula yang berlebihan (pesakit diabetes), lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan badan untuk disingkirkan melalui perkumuhan. Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. B-Complex - menukarkan gula berlebihan dalam badan kepada tenaga.
  3. Zinc - menggalakkan pengeluaran insulin serta membantu menyembuhkan luka.
  4. Vitamin C - diperlukan untuk proses penyembuhan luka. Luka lambat sembuh tanpa vitamin C.
  5. Vita-Lea - multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh memandangkan pesakit diabetes perlu mengawal jumlah makanan harian.
  6. Performance Drink - membantu mengawal tahap glukosa dalam badan pada tahap normal dan seimbang seperti yang diperlukan oleh badan.
Jadual makan vitamin :
1 biji sehari Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Zinc (selepas makan)
1 sudu teh Fiber sehari dicampurkan dalam sejug air atau minuman jus kegemaran diminum bila-bila waktu.
1 sudu Performance Drink dicampur dalam jus kegemaran diminum bila-bila waktu


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head