Kalkulator penyusuan

Saya tertarik dengan salah satu topik perbincangan di FB Group KIM. Topik adalah berkenaan fomula rumus atau cara pengiraan amaun susu untuk diberikan kepada bayi. Bahasa ringkasnya kalkulator penyusuan.
 Panduan :

1 kg berat = 5 oz dalam tempoh 24jam.
Saya ambil contoh berat anak saya Hilda sekarang, 6.7kg ::


6.7kg x 5oz = 33.5oz (dalam tempoh 24jam)

Bahagikan dengan tempoh jam dia ditinggalkan di taska :: 9jam

33.5oz / 24jam x 9jam = 12.5oz

So total yang Hilda perlukan sepanjang saya bekerja adalah 12.5oz.

Saya juga ada membuat sedikit carian di Internet. Dan terjumpa dengan Milk Calculator ini. Selamat mencuba.


Saya tak nafikan kalau tiba-tiba susu merudum, para ibu akan berasa sangat risau. Wujud persoalan, mampukan ibu terus menyusukan anak, cukup tak bekalan anak kt pengasuh/taska, risau jika anak lapar, dan lebih sedih jika terlintas difikiran ibu untuk memulakan susu formula. 

Jadi pada rakan-rakan yang mungkin tiba-tiba mengalami kemeruduman susu, boleh la refer pada kalkulator ini atau membuat pengiraan sendiri berapa banyak susu yang bayi anda perlu sekarang dan berapa banyak susu yang mampu anda dapatkan. Mungkin dengan pengetahuan ini, dapat mengurangkan sedikit tekanan anda :)

Semoga bermanfaat!!

1 comment: