Kolestrol tak mengira saiz badan

Teringat saya akan perbualan saya dengan suami di suatu hari. Suami bercerita tentang perbualannya dengan beberapa orang rakannya yang masing-masing mempunyai penyakit kencing manis. Kesian juga, seorang dua dari mereka dah sampai tahap perlu menyuntik insulin sendiri.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata kepada suami:
"Kau jgn ingat kau kurus, kau takde penyakit. Cuba kau check tahap kolestrol kau tu"

Tergelak pula saya dengar cerita suami saya. Suami saya memang dalam kategori kurus. Dalam masa yang sama saya turut mengiyakan kata-kata kawan suami saya tu. Jadi saya ajak suami pergi buat general medical checkup di farmasi berhampiran opis saya. Hasilnya benar, paras kolestrol suami agak tinggi dari paras sepatutnya.


Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.

”Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh,” katanya.

Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

”Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,” katanya.

Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia, oleh Sholina Osman


picture credit : KevinZahri

Ahli farmasi tersebut mencadangkan suami agar mengambil Lecithin dalam diet seharian untuk menjaga paras kolestrol.

Saya menolak produk yang dicadangkan olehnya kerana saya turut mengamalkan Lecithin Shaklee dalam diet seharian saya. Jadi lepas ni saya hanya perlu menghulur kapsul Lecithin kepada suami saya.



Disamping pengambilan Lecithin, gaya pengambilan makanan juga perlu dijaga supaya kita tidak mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan.

Antara makanan yang perlu dielak adalah :

-Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)

-Makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.