Milk Booster dan Penyusuan Susu Badan

Alhamdulillah, rata-rata saya lihat dan perhatikan sekarang, penyusuan susu ibu semakin mendapat tempat dihati para ibu bapa baru. Tak kurang juga kesedaran dari ibu-ibu yang sudah mempunyai anak tapi tak berpeluang menyusukan anak mereka suatu ketika dulu.

Dalam skop yang kecil, saya lihat ahli keluarga saya iaitu adik-adik ipar juga menyusukan anak-anak mereka. Alhamdulillah. Dan sekarang, kakak saya juga semakin bersemangat untuk menyusukan anak ketiganya yang bakal lahir bulan Mac nanti.

Ramai juga ibu-ibu baru yang berpendapat, menyusu badan ini mudah. Macam ABC. Semudah selak dan susukan. Tapi sebenarnya penyusuan memerlukan niat, usaha dan doa yang berterusan. Terdapat cabaran-cabarannya yang tersendiri.

Bagi ibu yang bekerja, hasil perahan di ofis dan stok perahan EBM di dalam peti ais memang sangat dititikberatkan. Kalau boleh semua ibu berharap agar setiap kali lepas mengepam, dia dapat penuh satu botol. Kalau boleh, si ibu mahu stok susu dalam peti sentiasa penuh menggunung. Maklumla, itu lah bekalan yang nk diberi kepada anak bila ibu pergi kerja. Bila tanpa disangka-sangka hasil perahan utk hari tersebut mula menyusut, mula lah si ibu berasa runsing, tertekan dan stress. Kenapa susu merudum ni???

Mula lah si ibu mula mencari milk booster : makanan, ubat, bahan atau apa jua yang boleh meningkatkan semula penghasilan susu badan mereka. Memang sejak dari turun temurun terdapat beberapa jenis makanan, sayur, atau buah yang dikenalpasti sebagai milk booster semulajadi. Lobak putih, sayur sawi, halba dan sebagainya. Tak kurang juga dengan pelbagai produk lain yang dikatakan mampu meningkatkankan hasil perahan.

So bermulalah milkbooster hunting. Apa jua yang dicadangkan oleh teman-teman, pasti si ibu cuba. Walau jauh dan mahal sekali pon milk booster tadi. Demi mu anak. Tapi semakin hari dicuba, hasilnya masih begitu. Sampai satu tahap rasa give up. Rasa semua makanan pon tak boleh membanyakkan susu badan ibu. Kenapa berlaku macam tu ye?

Adakah memang susu badan ibu tersebut tu sikit? Adakah sudah sampai masaya utk bercerai susu?

Yang sebenarnya, penghasilan susu badan memang berkait rapat dengan hormon dan perasaan si ibu. Jika si ibu rasa tertekan, murung dan terdesak apajua milkbooster yang dimakan takkan membantu. Untuk mengenalpasti milkbooster apa yang sesuai, dicadangkan supaya si ibu memilih jenis makanan berkhasiat yang dia suka. Kalau ibu suka sayur sawi, boleh banyakkan pengambilan sayur sawi. Begitu juga dengan lauk ayam, ikan atau daging. Insya allah bila si ibu berada dalam keadaan tenang dan gembira, penghasilan susu boleh berjalan lancar. 

Yang saya sebutkan diatas berkaitan dengan makanan yer. Bila sebut tentang vitamin, saya memang sangat mengesyorkan si ibu mengambil vitamin untuk kesejahteraan dirinya sendiri. Vitamin membantu tubuh si ibu kekal sihat. Bila dah sihat baru la boleh happy dan ceria. kan??

Jadi kata kunci yang wajib adalah GEMBIRA DAN CERIA!!
 

Kalau nak tau vitamin apa yang sesuai untuk ibu menyusu, hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut yer


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head