Panduan Penyusuan dan Pengendalian Bagi Ibu Bekerja

Saya baru je sudah consult seorang customer yang membeli Set Breastfeeding dengan saya. Sebagai seorang ibu yang baru nk berkecimpung dalam dunia penyusuan, memang dia ada banyak persoalan yang bermain diminda. Jadi saya masukkan guideline seperti yang dipinta dalam blog ni untuk rujukan sesiapa dimasa depan :)
Kalau anda rasa bermanfaat, dipersilakan untuk share dengan rakan-rakan ye.

Ok persoalannya yang pertama dan seterusnya. Jemput baca 

Panduan mengepam di office

Sesi 1 : 8am-10am
Sesi 2 : 10am-12pm
Sesi 3 : 12am-2pm
Sesi 4 : 2pm-4pm
Sesi 5 : 9pm-1am
Sesi 6 : 1am-6am



Sesi pertama boleh bermula seawal anda sampai di opis. Boleh pilih untuk breakfast atau mengepam dulu. Bergantung pada kelapangan masa anda di opis, boleh pikir exact timing mengikut panduan masa diatas.

Minimum sesi mengepam adalah 3kali sehari untuk menjaga production susu yang baik. Dan kalau boleh konsisten dengan timing yang telah dipilih supaya badan mendapat signal bahawa dia perlu menghasilkan dan mengeluarkan susu pada waktu yang sama setiap hari. Sesi 5 dan 6 boleh dibuat jika anda mahu memberikan rangsangan yang kerap kepada payudara anda.

Setiap sesi dinasihatkan mengambil masa selama 20minit untuk sebelah payudara. Sebab itulah double-pumping amat disyorkan kerana boleh menjimatkan masa. Tapi jika sudah membeli single-pump, boleh terus menggunakannya. Berbincang dengan bos anda diopis tentang masa yg diperlukan untuk mengepam ye!

Cara buat stok dan anggaran jumlah susu untuk bayi.

Sebaiknya dh mula membuat stok ketika masih bercuti maternity. Boleh mengepam awal pagi ketika bayi masih tidur, sesudah bayi menyusu, atau tandem nursing (pam sebelah, baby menyusu sebelah), atau ketika bayi tidur dalam jangkawaktu yang lama.

Jika output sikit waktu ini, tak mengapa sebab baby sentiasa menyusu direct. Hasil perahan 2-3oz setiap sesi adalah normal apabila kita mengepam dirumah.

Setiap hasil perahan boleh disimpan dan dibekukan sebagai stok. Untuk menjimatkan ruangan penyimpanan, hasil perahan total dalam sehari boleh dicampurkan dalam satu botol dengan syarat suhu adalah sama.

Jika dah ada stok, boleh mula ajar bayi menggunakan botol sebagai persediaan untuk dia ditinggalkan pada taska/pengasuh.

Mulakan dengan memberi 2oz per botol,. Dan perhatikan adakah cukup atau tidak setiap sesi menyusu botol. Jika bayi menunjukkan tanda tidak cukup. Boleh tambah lagi 1oz. Dan perhatikan lagi. Jika bayi sudah cukup dengan amaun yang diberi, boleh jadikannya sebagai guideline utk bekalannya ke taska/pengasuh nanti.

Cara bekalkan susu perahan ke taska/pengasuh.

Boleh mula cairkan stok beku yang diperlukan pada waktu malam dengan merendamnya didalam sebuah besen dan disimpan dalam peti ais bahagian bawah. Esok pagi, apabila susu sudah cair, asingkan mengikut amaun yang bayi minum dalam botol.

Boleh sediakan jumlah yang tepat dalam setiap botol supaya taska/pengasuh mudah menguruskannya.
Contoh, bekalkan 3oz sebanyak 6botol. Dan labelkan setiap botol dengan nombor.


Simpan dalam cooler bag atau peti ais di taska/rumah pengasuh. Jika bayi mahu menyusu, minta pengasuh panaskan sahaja satu botol susu. Dan boleh terus berikan bayi susu yang telah dipanaskan tadi.

Sebaiknya bekalkan susu fresh (susu yang baru diperah dan tidak dibekukan) kepada bayi daripada membekalkan semua stok beku utk diminum. Atau boleh gunakan ratio susu fresh: stok beku, seperti 5:1 (5botol susu fresh : 1 botol stok susu beku), 4:2 atau 3:3 stok susu beku. Supaya bayi sentiasa mendapat khasiat yang terbaik daripada susu perahan. Stok susu beku masih lebih baik daripada susu formula.

Tempoh Simpanan Susu Perahan

Peti ais bahagian bawah : 4-5hari
Peti ais bahagian sejuk beku (1pintu) : 2 minggu
Peti ais bahagian sejuk beku (2 pintu) : 3 bulan
Deep freezer : 6bulan


Baiklah itu sahaja tips dan guideline yang saya kongsikan hari ni. 

Salam Sihat,
~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~
Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com
FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage
Phone : 013 3583424