Tips atasi kaki 'cramp' waktu hamil

Kaki 'cramp'? Masalah biasa mungkin bagi wanita hamil. Tengah syok tidur, tetiba tersentak kaki sebab 'cramp'. Sakitnya, hanya yg pernah alami je yang tahu.

Macam mana boleh 'cramp'?
Tak siapa tahu apa punca sebenar. Berkemungkinan ianya disebabkan oleh otot kaki yang letih sebab terpaksa membawa 'berat berlebihan' anda. Atau mungkin kerana tekanan kepada saluran darah dari uterus yang semakin membesar. Darah tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Masalah kaki 'cramp' mungkin berlaku apabila ibu hamil mula memasuki trimester kedua. Dan mungkin akan bertambah teruk apabila perut ibu semakin membesar.

'Arrrggghhhhh' sakit!! 
jeritan akibat kaki 'cramp' akan lebih kerap berlaku pada waktu malam.



Bagaimana nak atasi masalah kaki ‘cramp’ waktu mengandung?

Cubalah tips ini:

•Elakkan berdiri atau duduk dengan cara menyilangkan kaki untuk tempoh yang lama
•Kerap lakukan stretching sepanjang hari dan beberapa kali sebelum masuk tidur
•Gerakkan atau pusingkan pergelangan kaki apabila anda sedang duduk, makan atau menonton tv
•Berjalanlah sebagai satu senaman kecuali atas larangan doctor
•Banyakkan minum air supaya kekal terhidrat
•Mandi dengan air panas untuk merehatkan otot anda.

** Ada kajian mengatakan pengambilan magnesium mampu mengelakkan wanita hamil daripada mengalami kejang kaki. Pernah dengar, kalsium turut membantu? Nanti saya ulas tentang kalsium magnesium dalam next entry ye

Selamat menempuh kehamilan yang sihat ye :)

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head