Mengapa Vitamin Pre-Natal Penting Untuk Anda dan Bayi?



Jika anda sedang berusaha untuk hamil, salah satu perkara pertama yang doktor anda akan cadangkan ialah tentang pengambilan vitamin pre-natal. Walaupun mungkin anda mengambil makanan dari sumber-sumber yang sihat,  banyak kandungan vitamin dalam makanan kita telah berkurangan dek pelbagai faktor. Dan banyak makanan tidak lagi mengandungi vitamin dan mineral yang perlukan untuk memastikan kita sihat dan membantu perkembangan bayi semasa dalam kandungan.

Walaupun mengambil multivitamin setiap hari adalah lebih baik daripada tiada apa-apa, ia tidak mengandungi cukup nilai nutrien tertentu yang penting untuk perkembangan bayi anda. Biasanya multivitamin mengandungi vitamin dan mineral dalam jumlah paling minimum, sedangkan wanita yang mengandung memerlukan lebih dari itu.  Itulah sebabnya vitamin prenatal  disyorkan.

Antara nutrien yang dicadangkan diambil sepanjang kehamilan adalah:


Asid Folik
- Asid folik adalah salah satu komponen dalam vitamin B. Ia secara semula jadi membantu tiub saraf bayi anda berkembang dengan baik, akhirnya menjadi otak dan saraf tunjang. Asid folik boleh mencegah kecacatan tiub saraf yang serius, tetapi ia hanya berfungsi jika diambil sebelum hamil dan dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan.

Vitamin B – Vitamin B sangat penting dalam pembentukan dan pembangunan tisu.

Kalsium - Kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat pada bayi anda. Kalsium juga sangat bermanfaat kepada anda supaya tulang kekal kukuh. Ia juga membantu dalam mencegah kejang kaki, sakit belakang, sakit pinggang dan masalah keletihan ketika mengandung.

Zat Besi - Anemia, satu keadaan di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup sihat. Masalah ini kerap berlaku dikalangan ibu hamil. Ianya boleh dicegah melalui pengambilan zat besi tambahan.

DHA (asid lemak Omega-3) - DHA telah terbukti sangat membantu semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Asid lemak Omega-3 inimembantu dalam pembangunan mata bayi, saraf dan otaknya.

Jadi, vitamin-vitamin ini perlu diambil seawal anda dan pasangan membuat keputusan untuk memperolehi zuriat. Semua wanita diperingkat usia ideal untuk hamil (18tahun-35tahun) sangat disarankan untuk memastikan mereka mendapat cukup amaun Asid Folic.
Jika anda memang merancang untuk hamil, anda perlu mula mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal.

Ambil vitamin secara tetap dan konsisten seawal bulan pertama anda tiada haid, sepanjang kehamilan dan seterusnya sepanjang tempoh penyusuan.

-----------------------------------------------------------------
Set Lengkap Ibu Hamil dari Kedai Triple S, yang mencakupi semua keperluan seperti diatas.


Ringkas tentang khasiat dan manfaat setiap vitamin dalam Set Lengkap Ibu Hamil ini.

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil? 
Semua vitamin ini terdapat dalam Set Ibu Hamil di K3S. Secara asasnya fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :

ESP (Protein)
: untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)  : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium (Ostematrix) : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega Guard : membantu pembentukan sel otak.

Dapatkan Set Lengkap Ibu Hamil ini dari Kedai TripleS beserta dengan panduan makan vitamin percuma. 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head