Persediaan Mental Jika Anda Hamil 'Accident'

Terdapat banyak ekspresi atau respon dari pasangan yang telah berkahwin apabila mendapat berita kehamilan si isteri. Ada yang sangat gembira, ada yang bersyukur, malah tak kurang juga ada yang terkejut dan tidak boleh menerima kenyataan tersebut.

Iya, bukan semua berita kehamilan adalah berita gembira. Ia menjadi berita yang agak stress apabila pasangan tidak bersedia untuk menerima kehadiran orang baru. Kehamilan yang tidak disengajakan atau orang kata 'accident' seringkali jadi punca perbalahan antara suami isteri dan punca masalah dalam hubungan dan kasih sayang antara ibu dan anak untuk jangkamasa panjang nanti.

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH INI?

Tanamkan dalam diri anda berdua sebaik sahaja mendirikan rumah tangga untuk bersedia dengan hati dan fikiran yang terbuka menerima kurniaan rezeki tersebut.

Bincang bersama tentang bila anda berdua mahukan kehadiran cahaya mata. Dan sentiasa galakkan pasangan untuk bersedia menerima rezeki ini.

Jika kehamilan telah berlaku sebelum waktu yang anda rancangkan, ceriakan diri. Emosi yang tidak stabil boleh mengganggu dan memberi kesan pada janin dalam kandungan.
Jadi berikan sokongan antara satu sama lain supaya anda dapat melalui fasa kehamilan dengan gembira seterusnya melahirkan bayi yang juga ceria.


Dapatkan sebanyak mungkin ilmu tentang kehamilan, kelahiran serta penjagaan dan pendidikan anak. Anda boleh membaca buku dan majalah keibubapaan, menghadiri kelas antenatal, kelas penyusuan dan juga kelas-kelas berkaitan dengan keibubapaan yang diadakan di dalam komuniti anda. Dapatkan maklumat tentang kelas ini daripada hospital terdekat anda.


Nikmati fasa kehamilan dan perubahan yang berlaku pada fizikal anda dengan tenang dan sabar. Walaupun isteri yang hamil, adakala suami yang merasai sendiri beban alahan dan peritnya mual dan loya seperti wanita mengandung.

Bantuan daripada ibu bapa atau saudara mara juga mungkin akan membantu. Layanan dari suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruhi perkembangan sihat janin yang dikandung.

Untuk kestabilan jiwa dan emosi, ibu yang beragama Islam perlu memperbanyakkan amalan rohani seperti menunaikan solat sunat, selain solat wajib, berzikir, banyakkan mengaji Al Quran supaya dapat menguatkan iman dan pegangannya kepada Allah SWT. Ingatlah anak-anak adalah amanah Allah kepada anda dan pasangan.

Amalan ketika mengandung




Pengambilan makanan seimbang dan suplemen juga mungkin membantu anda sebagai ibu hamil untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan. Penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat adalah salah satu faktor anda dapat melahirkan bayi yang sihat.



Vitamin Ibu Hamil Shaklee

Bersyukurlah kerana anda dan pasangan berpeluang untuk merasai nikmat mempunyai zuriat sendiri kerana tidak semua pasangan diberikan rezeki seperti ini. Zuriat adalah amanah Allah, jadi jagalah sebaiknya walaupun anda belum bersedia. Kasih sayang boleh dipupuk dan perasaan anda pasti akan kalah apabila melihat wajah sucinya nanti.

------------------------------------------------------------------------- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head