Bisnes Shaklee : Mudah ke Susah?

Anda perasan tak, memang ada RAMAI Shaklee Distributor sekarang ni.

Especially online distributor. Type sahaja perkataan vitamin Shaklee diruangan 'seach' di page Google, berderet senarai blog para SID. Apa yang buat mereka ni teringin dan terjebak menjadi Shaklee Distributor? Mudah ke buat bisnes Shaklee ni? Senang ke?
 
Bagi anda yang pernah cuba makan vitamin Shaklee, dan pernah deal dan liase dengan distributor Shaklee online, mesti tau kenapa..kan? Selain terpaut dengan kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee tu sendiri, sikap para SID online yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu anda mendapatkan vitamin yang paling sesuai dengan budget dan keperluan anda, pasti membuat anda tertawan. Tapi jangan tertipu dengan sesetengah SID yang mementingkan keuntungan semata-mata. Anda sendiri tahu bagaimana nak menilai kalau anda memang rajin survey dan bertanya :)

OK berbalik pada cerita MUDAH KE BUAT BISNES SHAKLEE ni?
Bagi saya, ada yang mudah, ada yang susah. Ye lah kan, kerja apa pun ada cabarannya. Even nak makan mengisi perut yang lapar ni pon ada cabarannya. Inikan pula bila dh terjebak dengan bisnes atau perniagaan. Memang akan ada cabaran.


Tapi saya tak suka pandang yang susah, saya suka fokus pada benda yang mudah supaya saya always bersemangat untuk terus berjuang perkenalkan vitamin Shaklee pada seluruh rakyat Malaysia. Kalau dapat tembus kepasaran luar pon best juga.

Yang mudah :
Beroperasi secara ONLINE
Kita lupakan cara lama. Terpaksa ketuk pintu rumah atau opis kawan-kawan demi nak perkenalkan mereka dengan produk Shaklee. Semuanya dihujung jari sekarang. Perkongsian melalui blog, Facebook dan Fanpage sudah mampu menyedarkan rakan-rakan terdekat kita tentang pentingnya amalan hidup sihat, dan lagi best amalkan hidup sihat dengan Shaklee.


Beroperasi dari rumah atau pejabat.
Yang ini terpulang, jika anda masih bergelar pekerja maka anda akan lakukannya secara part time. Dan jika anda adalah ibu yang menjaga kebajikan anak-anak dari rumah, maka anda boleh kerjakannya secara fulltime dirumah. Saya pula bermula secara part time dan kini telah menjalankannya secara fulltime dan saya bekerja dari rumah.



Tak perlu keluar modal beribu-ribu dan tak perlu simpan stok.
Selalu dengar kan, orang ajak buat bisnes tapi perlu keluarkan modal awal sebanyak RM20 ribu. Tapi bisnes Shaklee, hanya keluarkan RM75/Rm85 sahaja untuk mendaftar keahlian. Dan kami tidak pernah memaksa anda untuk mengeluarkan modal sebanyak itu, malah anda boleh bermula dengan RM0 modal. Dan kami juga tak perlu simpan stok yang banyak dirumah. Boleh order terus daripada Shaklee jika mendapat order dan pihak Shaklee akan poskannya. MUDAH kan?


Mentor dan Support Group yang sentiasa ada 24/7
Ini juga faktor terpenting dalam sesuatu perkara yang kita baru nk cuba buat. Bila ada yang tunjuk ajar, dan ada orang yang bersedia untuk mendengar masalah kita, pastinya kita akan rasa lebih kuat untuk terus bangkit mengejar kejayaan. Macam tu juga lah dengan bisnes Shaklee ni. Mentor sentiasa ada untuk guide, dan kawan-kawan satu group sangat supportive.

Ok itu 3 perkara yang sangat memudahkan kami para SID menjalankan bisnes ni.

Antara perkara lain yang mencabar datangnya dari dalam diri sendiri.
Perasaan takut nak berubah dari zon selesa, takut tengok orang lain dah berjaya dan tak yakin dengan kemampuan sendiri, terlalu banyak memberi alasan supaya tidak dipersalahkan, dan sebagainya. Ini semua datang dari dalam diri sendiri.

Alhamdulillah, sejak join bisnes ni dan berada dalam support group yang betul, sifat-sifat negatif saya yang dulu, kini dah tak ada lagi. Saya lebih yakin dengan setiap apa yang saya lakukan. Saya lebih nampak apa yang saya mahu dalam kehidupan saya. Dan saya dh berjaya buktikan saya mampu berjaya dan keluar dari zon selesa yang tak berapa selesa tu pun.

Dan benar, dalam nk mencapai fasa berjaya, fasa dan tangga diatas akan anda lalui.

Jom sertai saya..

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head