Kenapa saya selalu penat dan cadangan penyelesaiannya?

Senario zaman sekarang.

Bangun pagi -> rushing dan harung kesesakan jalan raya pergi kerja -> bebanan kerja di pejabat -> ruhing dan harung kesesakan jalan raya waktu pulang -> menguruskan rumahtangga => PENAT TAK TERHINGGA.


Inilah realiti kita sekarang kan?

Yes, senario ini memang berlaku pada anda jika anda seorang wanita. Anda memang seorang Supermom jika anda adalah golongan wanita yang bekerja, belajar/bisnes sampingan. Tak cukup dengan tugas rasmi sebagai seorang isteri dan ibu, ditambah dengan tugas sebagai seorang pekerja. Tambah lagi beban jika anda adalah seorang pelajar PJJ atau mempunyai bisnes sampingan sendiri. Penat memang penat..

Tapi apakah punca sebenar rasa penat itu? Adakah semata-mata kerana aktiviti harian yang padat? Ada lagi tak punca lain? Yup, jom kita ulas sekarang.

3 punca yang telah dikenalpasti menyumbang pada kepenatan adalah :
  • APA YANG KITA MAKAN.
  • TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

  • BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT
APA YANG KITA MAKAN.

Lumrah zaman serba pantas kini, kita memilih makan untuk menghilangkan rasa lapar dengan cepat berbanding makan makanan berkhasiat. Asal ada makanan dan cepat disediakan, itu lah yang menjadi pilihan. Dan biasanya restoran fastfood menjadi pilihan diluar, dan 'frozen food' jadi pilihan dirumah. Piramid makanan? Eh apa tu?

Semua kategori 'fast' ini biasanya menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan dan pastinya zat dan khasiat adalah terlalu minimum. Sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral daripada makanan yang lengkap. Kesiannya tubuh kita. Perut kenyang tapi sel tubuh kelaparan. Bila sel tubuh lapar, tak hairanlah kalau ia tak dapat memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan. Sebab sel tubuh pun tiada tenaga.

Diet yang seimbang membantu kita untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Jika paras glukosa dalam darah menjadi rendah, tubuh akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

Kajian yang dilakukan oleh Timothy Morgenthaler menerusi laman web Mayo Clinic mendapati, golongan dewasa memerlukan jangka masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam sehari. Tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus, tidur 5 jam dah cukup.

Bergantung pada jenis aktiviti harian kita, tidur berfungsi untuk merehatkan tubuh. Dan ketika tidurlah hampir semua anggota fizikal manusia berada dalam 'rest mode'. Mereka yang tidak cukup tidur dan rehat biasanya akan kurang fokus dan akan mengganggu kesihatan. Jadi tetapkan jadual tidur anda agar bila bangun esok pagi, tubuh akan terasa cergas kembali.

BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT.

Penyakit hipotiroid
Kalenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolisma badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan pertambahan berat badan, kelesuan dan pelbagai simptom lain.


Penyakit Kencing Manis

Satu masalah pesakit kencing manis adalah sel-sel tubuh mereka tidak dapat menukarkan glukosa dalam darah kepada tenaga. Apabila ini berlaku, tenaga tak dapat dihasilkan dan hasilnya mereka akan mudah letih. Pesakit kencing manis sangat perlu mengawal pemakanan dan bersenam untuk mengelakkan simptom kepenatan ini terus menyerang mereka. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Jadi, kalau anda perlukan ENERGY BOOSTER, jom teruskan pembacaan anda :)

Vitamin untuk meningkatkan tenaga


Hmmm ada banyak produk yg sesuai untuk anda yg perlukan EnergyBooster. So anda bebas untuk memilih produk mana mengikut kesesuaian anda. Dan anda juga digalakkan menghubungi saya terlebih dahulu utk konsultasi mengikut keadaan anda :)

1- Bcomplex - secara ringkas Bcomplex berfungsi utk tukarkan gula (glukos) pada tenaga
2- ESP - terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
3 - Cinch Tea Mix -Campuran Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
4 - Ostematrix -memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
5 - Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah. Performance drink sangat dikenali sebagai minuman ahli sukan. Dan kini ia diperkaya dengan formula OptiLyte pula.

Apa yang saya ambil?
Of course saya ambil semua :) Sebagai seorang mama dan seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti harian, saya perlu pastikan tubuh saya benar-benar bertenaga. Kalau tak, habislah terbengkalai kerja-kerja harian saya. Kalau anda juga perlukan tenaga dan mahu bergerak aktif macam saya, boleh hubungi saya melalui Whatsapp / SMS di nombor yang tertera kt bawah tu ye.


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head