Diet : Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari

Saya masih obses dan excited tentang topik diet, get in shape dan pelangsingan. So layan aje tau. Insya allah akan tetap berkongsi tips dan info tentang topik lain berselang seli dengan topik utama ini.

Jadi, seperti tajuk enty hari ini, Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari?

Rutinnya kita mengambil 3 hidangan besar setiap hari, sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Dan kebanyakan kita memang akan mengambil hidangan yang berat seperti nasi (dah memang makanan ruji rakyat Malaysia). Dan ada orang, akan ambil nasi bagi ketiga-tiga hidangan dengan banyaknya. Kenyang lebih lama kata mereka.

Okey, adakah tidak elok dengan amalan sebegini. Sebelum saya terangkan adakah ia elok atau tidak, saya nak ajak anda baca dulu tentang info Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari.

1) Mengelak Obesiti.


Ambil hidangan kecil untuk mengelakkan terlebih berat badan atau obes. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan hanya dua atau tiga kali makan besar sepanjang hari cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada orang-orang yang memecahkan kalori mereka kepada lima atau enam hidangan kecil.
Contohnya, apabila anda makan sarapan pagi pada jam 7 pagi, dan kemudian tidak makan sebanrang makanan sehingga jam 1:00 petang, anda akan berasa begitu lapar. Dan ini akan mendorong anda makan lebih banyak kalori hanya untuk membantu memuaskan kelaparan anda. Makan berlebihan ini membawa kepada peningkatan pengambilan kalori, dan seterusnya penambahan berat badan.

2) Mengekalkan Paras Gula Dalam Darah

Satu lagi sebab pentingnya makan dalam hidangan yang lebih kecil dengan lebih kerap adalah disebabkan berkaitan dengan paras gula dalam darah anda. Walaupun gula dalam darah biasanya paling kerap digunakan dalam perbincangan tentang orang-orang yang ada penyakit Diabetes, ia juga penting bagi orang-orang yang sihat yang tidak mengalami keadaan ini.

Gula dalam darah membantu memberikan anda tenaga dan stamina sepanjang hari. Apabila anda makan, tubuh anda akan 'memecahkannya', dan gula yang dilepaskan dari makanan memasuki aliran darah anda dan menjadi gula dalam darah. Apabila anda makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari , anda mendapat bekalan gula dalam darah  yang stabil.

Sebaliknya, jika anda hanya makan dua atau tiga kali makan besar, anda akan terus dapat 'dos besar' gula darah, dan kemudian terhenti enam jam. Ketidakstabilan bekalan gula dalam darah boleh menyebabkan anda berasa selalu letih dan ia juga akan mengganggu proses semulajadi tubuh anda.

3) Penurunan Kadar Nutrisi Dalam Tubuh 

Makan 5 kali sehari sebenarnya boleh membantu untuk memastikan anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan yang betul. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan beberapa makanan sepanjang hari cenderung untuk mengubah diet mereka lebih daripada mereka yang hanya makan dua atau tiga kali makan besar. Mendapat vitamin, mineral dan nutrien lain dalam jumlah yang betul adalah penting untuk kesihatan yang baik bagi semua peringkat umur dan jantina.

So itu lah dia antara sebabnya kita digalakkan makan dalam 5 small meal.

Jadi, apa yang saya pilih untuk lengkapkan small meal ini sepanjang hari?

1) Untuk sarapan awal pagi, biasanya saya akan ambil bancuhan Cinch Shake bersama ESP. Sumber protein yang senang disediakan dan mudah diambil. Kenapa ye protein ni bagus sangat untuk orang yang berdiet?

Protein meningkatkan pembakaran lemak dalam badan:

  • Ia meningkatkan rasa kenyang (rasa menjadi "penuh" atau "puas" selepas makan)
  • Ia mengurangkan pengambilan tenaga (kalori) oleh badan
  • Ia membawa kepada penurunan berat badan oleh 2 sebab diatas.
Protein Shake Shaklee
Feveret saya dan suami
2) Walaupun saya tak rasa lapar, tapi saya tetap disyorkan untuk ambil morning tea. So antara yang jadi pilihan saya ialah 1-2ketul kuih muih, atau 1-2 keping roti whole meal dengan cheese slice, atau potongan buah-buahan seperti epal atau jambu. depends pada buah apa yang ada dalam fridge.

3) Masa untuk LUNCH! Kerap juga saya terlewat lunch sebab leka dan ralit buat kerja di SoHo. Saya cuba jugalah makan lunch macam biasa dengan nasi, lauk dan sayur-sayuran. Ingat, portion nasi kecil sahaja ya. Sekadar memenuhi keperluan karbohidrat sahaja.

4) Again, sekali lagi, biasanya saya tak rasa lapar pun waktu tea time ni. Tapi saya tetap dicadangkan untuk ambil sedikit kudapan untuk memastikan tubuh saya sentiasa mendapat 'minyak' untuk membakar kalori. Dan ini juga akan membuatkan kadar metabolisme saya kekal diparas yang tinggi. 
Untuk tea time, 2-3keping biskut weetameal atau biskut Hi-Fibre Jacob bersama dengan Cinch Tea tanpa gula. Memang padanan yang best!


5) Dan untuk diner, sama caranya seperti lunch. Saya berjaya disiplinkan diri untuk makan sebelum jam 8pm. Salah satu benefit Work At Home bila perancangan masa benar-benar terletak ditangan kita. Tiada kekangan balik lambat, stranded dalam jam dan sebagainya. So sambil tunggu azan maghrib, sambil tengok drama jam 7 TV3, dah selesai pn kami anak-beranak diner. :)

Okey, ini kisah saya. Anda juga maybe perlu ikuti plan diet small meal ini jika anda serius mahu KURUS.
Meal planning tak semestinya strict seperti saya, just cuba rancangkan agar menjadi rutin dan disiplin anda setiap hari. Semoga kita sama-sama mampu kurus selepas ini. Hehe.

By the way, jika anda teringin nak cuba Cinch Shake atau Cinch Tea, feel free to contact me at the below info ye. Pastinya saya sudi berkongsi rahsia kurus dan sihat saya dengan anda



Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head