Ubat Migraine Untuk Anda Yang Sering Sakit Kepala

Migraine adalah sakit kepala yang berlaku akibat daripada perubahan neurologi, perncernaan dan migrain ada dua jenis iaitu migrain tanpa aura (migrain klasik) dan migrain dengan aura (migrain umum). Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam migrain, tapi ianya hanya sekadar peratusan yang begitu sedikit dan belum boleh ditakrifkan sebagai pola pewarisan atau keturunan.

Atasi migraine shaklee

Punca Migrain.

Sebahagian migrain didapati berpunca daripada stress, merokok, tidur berlebihan atau kurang tidur dan juga kelaparan.

Melewatkan makan atau waktu makan yang tidak konsisten boleh menyebabkan pelepasan hormon  yang boleh meningkatkan paras tekanan (stress) dan menurunkan kadar gula darah sehingga menyebabkan migrain.

Cahaya yang terlalu terang juga boleh  menyebabkan sakit kepala pada manusia normal.

Bagaimana Mencegah Migrain?
  • Rajin bersenam
  • Tidur yang cukup
  • Ambil makanan kesihatan atau suplemen.
Bolehkan Mengatasi Migrain Dengan Vitamin Shaklee? Adakah Ubat Migrain?

Mestilah BOLEH. Kita usahakan mengubati migraine dengan vitamin Shaklee, bebas dari penggunaan paracetamol dan dadah. Mari baca sedikit sebanyak info tentang vitamin yang dikatakan 'ubat migrain ini'

Ubat Migraine Shaklee

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Kredit info :  Vitamin Semulajadi.
Oleh kerana terdapat pelbagai faktor penyebab kepada sakit kepala atau migraine ini, penderita migraine perlu mengenalpasti apakah punca sebenar serangannya. Jadi langkah pencegahan perlu diambil berdasarkan keadaaan anda dan wajarlah juga anda menimbangkan pengambilan vitamin Shaklee yang dikatakan sebagai 'ubat migraine' ini untuk membantu anda mengurangkan risiko serangan berulang migrain. Insya allah, kita usahakan agar sakit migraine anda sembuh. 


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head