Gusi Berdarah, Gigi Sakit Bila "Pause" Makan Ostematrix Shaklee

Gusi Berdarah, Gigi Sakit Bila "Pause" Makan Ostematrix Shaklee


Haa.. ni lah padah dia kalau makan vitamin tapi tak konsisten. Buat apa pun, kita wajar beristiqomah, atau secara berterusan agar hasilnya terjamin. Kalau tak konsisten, kan dah balik ke keadaan lama, gusi berdarah dan sakit!

Ini tak lain tak bukan, bebelan terhadap diri sendiri lah ni.  Sebenarnya, saya sengaja bereksperimen dengan diri sendiri. Kali ini saya bereksperimen dengan Ostematrix. Saya nak tengok apa kesan dia kalau saya ambil Ostematrix dengan tidak konsisten. Buat masa ni, dah lebih 3 malam, saya tidur tanpa menelan 4biji Ostematrix sebelum tidur.

Sebelum tu, saya nak jemput anda tonton sedikit video tentang Ostematrix Shaklee.


Eh iye ke, gusi berdarah sebab kurang kalsium? Kenapa nak kaitkan masalah gusi berdarah dengan Ostematrix pulak? Mentang-mentanglah bulan ni promosi Ostematrix, kan?

Ok, biarkan saya explain. Kebiasaannya, gusi berdarah disebabkan oleh radang gusi atau lebih dikenali sebagai gingivitis. Jom baca sedikit tentang GINGIVITIS

Adakah gigi anda berdarah setiap kali menggosok gigi? Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan radang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.
Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.
Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.
Selain itu, risiko gingivitis termasuklah diabetes yang tidak dikawal, hamil dan gigi tidak bersih. Gigi yang tidak teratur dan penggunaan alat penjagaan seperti berus gigi atau pendakap gigi tidak bersih boleh juga menjejaskan kesihatan gusi.
Kadangkala pengambilan ubat-ubatan seperti pil pencegah kehamilan juga boleh dikaitkan dengan gingivitis. Satu lagi faktor yang kerap dikaitkan dengan gingivitis adalah diet yang tidak betul, terutama kekurangan vitamin C atau B selain kalsium.
Kalsium misalnya penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Vitamin C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menangani masalah radikal bebas yang memusnahkan tisu.
Justeru, kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).
Sumber Maklumat: Berita Harian
Kredit sumber maklumat kepada Portal Penerangan 1Malaysia,

Perenggan terakhir artikel diatas ada menyatakan, kekurangan beberapa jenis makanan memang akan menyebabkan masalah gusi berdarah atau radang gusi ini.

Bila saya check balik pengambilan makanan saya sejak kebelakangan ini, memang agak tidak teratur. Ditambah lagi dengan keadaan pengambilan vitamin tambahan yang tidak konsisten. Jadi inilah punca sebenar mengapa masalah gusi berdarah saya kembali.

BAGAIMANA KALSIUM MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH GUSI BERDARAH?

Sebagaimana yang sudah disebutkan tadi, kalsium yang dibekalkan didalam Ostematrix Shaklee, bukannya sekadar kalsium. Tetapi ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral lain yang membantu kadar penyerapan terbaik ke dalam tubuh badan.

Ostematrix Shaklee membantu badan cergas ketika bangun tidur

Pentingkah vitamin dan mineral lain ini untuk tubuh kita?
Jawapannya, tentulah penting supaya anda bukan sekadar telan dan buang kalsium yang anda ambil, tetapi ianya diserap dengan baik oleh tubuh anda.

Magnesium membantu penyerapan kalsium kedalam tulang dan membantu menguatkan tulang.
Vitamin D berfungsi untuk memaksimumkan penyerapan kalsium
Vitamin K membantu mengikat kalsium antara satu sama lain
Mangan, zat besi dan zinc pula membantu mengaktifkan enzim yang membina tulang.

Gabungan keseluruhan vitamin dan mineral ini membekalkan bekalan kalsium yang maksima kedalam tubuh anda.

Jadi, saya perlu tamatkan segera eksperimen saya ini demi menyelamatkan titisan-titisan darah dari keluar di celah-celah gusi saya. Baik saya pergi derma darah ke pusat derma daripada membiarkannya terbazir begitu sahaja :P

Insya allah selepas ni, pasti sekali saya akan kembali kepada rutin pengambilan kaplet Ostematrix sebelum tidur. Dan tubuh saya akan kembali bertenaga sebaik sahaja bangun dari tidur. Lihat betapa deritanya tubuh saya tanpa Ostematrix.

Oh ye, anda jangan terlepas peluang mendapatkan satu set promosi Ostematrix sepanjang bulan ini.
Beli pada harga 6 botol, tapi bawa pulang 7 botol!
Kalau nak order, segera hubungi saya melalui kontek info yang tertera dibawah tu ye, pasti saya akan memberikan anda konsultasi produk terbaik anda pernah dapat.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari



 Lydzar Rusman 
SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head