Pengalaman Uruskan Anak Dengan Mudah Pada Hari Pertama Persekolahan 2015

...dengan menggunakan Teknik Pengaktifan Minda Separa Sedar
sehingga anak-anak bangun pagi tanpa merengek tak mahu mandi dan berjaya makan sarapan pagi.
Itu sambungan kepada tajuk di atas. Panjang sangat siap ada sambungan :)

Wajah ceria hari pertama sekolah
Pagi tadi sempat dengar taklimat dalam perhimpunan pertama Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2. Itu pun separuh sahaja sebab perlu menghantar anak kedua dan ketiga ke tadika dulu.
Anak sulung dah darjah 2. Alhamdulillah persediaan masuk ke sekolah dah diuruskan dalam waktu cuti sekolah.

Sekolah Subest2 adalah sekolah yang baru dibuka tahun lepas dan Hannah adalah antara pelajar Tahun 1 pioneer di sana. Untuk tahun 2015, baru bermula 2 sesi sekolah ini. Tahun lepas hanya satu sesi sahaja. Tahun ini, pelajar-pelajar darjah 2, 4 dan 5 bersekolah sesi pagi. Dan pelajar darjah 1 dan 3 bersekolah sesi petang.

Insya allah, tiada perubahan rutin bagi kami suami isteri untuk menguruskan anak-anak kami untuk tahun 2015 ini. Alhamdulillah.

CARANYA

Alhamdulillah. Walaupun cuti hampir 2 bulan, dan hampir setiap hari mereka bangun lewat, pagi tadi saya berjaya uruskan mereka dengan baik tanpa rengekan dan tangisan.

Bayangkan nak uruskan 3 anak yang bersekolah jika mood mereka tidak baik. Mungkin mood mama pun boleh kelaut jika tidak diuruskan dengan baik.

Jom saya kongsikan sedikit tips bagaimana nak uruskan anak bangun pagi-pagi tanpa ragam dan tangisan.

TEKNIK PENGAKTIFAN MINDA SEPARA SEDAR

Bunyinya macam saintifik sangat, kan?
Tapi anda jangan tak tahu, teknik minda separa sedar ni bukan sahaja boleh digunakan untuk pelajar peringkat lebih tinggi, orang-orang berkerjaya hebat dan sebagainya, ia sangat berkesan untuk anak-anak kecil kita juga.

Jika anda masih belum tahu, mengikut kajian secara saintifik, kuasa minda merupakan salah satu faktor utama seseorang mampu bertindak cemerlang dan mendapat keputusan yang hebat dala, aa yang dilakukannya. 

Dan menurut kajian tersebut, minda separa sedar merupakan 'owner' yang memegang saham sebanyak 90% dalam diri seseorang individu.

Bayangkan kalau kita nak minta diskaun apabila mahu membeli sebuah telefon pintar, staf kedai tersebut akan merujuk kepada 'owner' kedai sebelum bersetuju dengan bargain kita.

Jika staff kedai boleh bagi diskaun 5%, namun jika kita pandai memujuk 'owner' kedai, mungin beliau sanggup memberi diskaun sebanyak 90% pada kita. Percayalah!

Kebanyakan anak-anak meragam kerana merasa seolah-olah dipaksa bangun pagi, dipaksa ke sekolah sedangkan keinginan dalamannya adalah tidur lebih lama dan bergembira dirumah seperti waktu cuti sekolah.

Insya allah, perkara ini mampu diubah jika kena caranya. Jom teruskan membaca ye!

CARANYA..

Sebelum itu, sebagai ibu bapa kita perlu tahu, minda separa sedar seseorang boleh diaktifkan pada waktu-waktu ini;
  • Anak sedang terharu atau bersemangat, ketika anda memberikan sesuatu yang disukai secara surprise. Contohnya membelikan bekas pensil yang dihajatkan oleh anak sebelum ini.
  • Anak sedang tenang (alpha wave), kebiasaannya pada waktu mereka sedang mencari mood nak tidur.
Gambar lama

Jadi, beberapa hari sebelum mula sesi persekolahan bolehlah mula mencari ruang masa yang sesuai untuk kita aktifkan minda separa sedar anak.

Ketika anak-anak berada dalam salah satu keadaan diatas, boleh mula berdialog dengan mereka. 
Dapatkan 3 perkara yang anak boleh persetujui seperti contoh d bawah;

'Sayang, hari Isnin nanti kakak dah mula ke sekolah tau. Kakak suka jadi pandai bila ke sekolah kan?'

Pastikan dia mengangguk setuju. Minda separa sedar anak akan mula memberi perhatian pada apa yang kita mahu sampaikan kepadanya

'Dekat sekolah nanti, kakak akan belajar macam-macam yang kakak belum tahu. Nanti bila dah tahu boleh la kakak ajar mama pulak, kan?

Pastikan dia mengangguk setuju kali kedua. Minda separa sedar anak akan mula memberi lebih perhatian pada apa yang kita mahu sampaikan kepadanya

'Hari Isnin nanti, mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan. Boleh belajar, main dan makan dengan dorang. Kakak rindu Insyirah, kan?

Pastikan dia mengangguk setuju kali ketiga. Minda separa sedar anak telah bersedia untuk mendengar saranan atau nasihat yang kita mahu sampaikan.

Sambunglah pesanan-pesanan dan expectation anda selepas ini. 

Jika mahu anak bangun awal, bangun dengan gembira dan bersemangat. Tidak merengek-rengek dan menangis serta membuatkan mama menjadi TARZAN.

'Ok, kalau macam tu, pagi Isnin nanti, kakak mesti bangun pukul 6.15pagi. Bangun dengan gembira. Terus pergi mandi, gosok gigi dan wudhu' 

Lepas tu solat Subuh 2 rakaat. Dah siap solat, pakai baju sekolah dan makan breakfast yang mama buat. Boleh?'

Ini dialog kisah benar saya dengan anak sulung saya. Anda nak tiru, silakanlah.

ALHAMDULILLAH, memang berjaya.

Begitu juga dengan dua orang lagi anak saya yang bersekolah Tadika. Teknik yang sama, hanya dialog berbeza. 


Semoga ianya membantu anda menguruskan anak (kalau lebih dari satu memang konfem kena apply teknik ini) untuk mengelakkan anda jadi TARZAN dan marah-marah anak di pagi hari.

Ada lagi satu Rahsia Anak Bijak yang boleh diamalkan jika anda mahu anak anda sihat dan cergas dan sentiasa bersedia dengan cabaran persekolahan mereka. Nanti saya tulis lagi ye. Kena masuk dapur!