Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Hamil Tanpa Ubat

Batuk ketika hamil, saya alami sendiri ketika kehamilan ketiga dan kini kehamilan kali keempat.
Kalau sebelum ini saya tidak pasti kenapa saya akan batuk teruk, tapi kini saya sudah maklum akan puncanya.

Selepas 2 minggu saya mengetahui keputusan positif pada UPT kit saya, terus saya diserang batuk-batuk.  Dan kebetulan beberapa orang rakan saya yang juga ibu hamil turut mengalami masalah ini.

Kesian tau kalau dapat batuk masa mengandung ni. Batuk tak kira siang atau malam dan ia menjadi lebih teruk ketika saya sedang tidur. Tidur sangat terganggu, sakit di dada dan saya boleh terfikir mahu pakai pad walaupun tidak 'period' sebab kadangkala batuk batuk berkali kali ni menyebabkan kami terkencing!

Tips pulihkan batuk ketika mengandung
Batuk ketika mengandung memang seksa!

MENGAPA MUDAH DISERANG BATUK ATAU SELSEMA KETIKA MENGANDUNG?

Secara amnya, ibu hamil mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah. Sistem imun mereka menjadi lemah akibat perubahan hormon ketika mengandung. Ia secara saintifiknya terjadi bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahim.

Menurut Doktor yang saya kunjungi, malah Doktor Zubaidi juga berpendapat, ibu hamil tiada cara untuk melindungi tubuh dari serangan virus batuk dan selsema kecuali dengan satu cara iaitu meningkatkan sistem imun tubuh.

Doktor di Klinik Soraya memang tidak memberikan saya sebarang ubat ketika lawatan terbaru saya minggu lepas. Kata beliau, awak cubalah petua petua tradisi dulu.

Petua tradisional yang saya cuba amalkan ketika kehamilan ketiga dulu setelah bertanya rakan rakan blog, mereka cadangkan petua perahan limau kasturi dicampur sesudu kicap.  Alhamdulillah, masam masin rasanya, berkesan juga untuk saya ketika itu.

Tips Berkesan Pulihkan Batuk Teruk Bagi Ibu Ibu Hamil

Apa pula yang saya lakukan kali ini? Teruskan membaca ye!

Saya memang menolak ubat secara total dan lebih sukakan cara alternatif, sama ada cara tradisi dan semestinya jika boleh diusahakan dengan produk Shaklee, dengan segera saya buat tanpa nanti.

Cara Tradisional.

1. Amalkan madu.
Kebetulan di rumah memang ada sebotol madu kepunyaan suami. Madu yang beliau beli beberapa bulan yang lalu adalah madu yang telah dicampurkan dengan biji biji Habbatussauda. 

Saya ambil 1sudu waktu pagi, tengahari dan malam.

khasiat madu untuk batuk

2. Amalkan serbuk kayu manis.
Petua ini saya dapat dari sebuah buku bertajuk Perubatan Cara Nabi. Saya pernah lakukannya untuk anak-anak ketika mereka batuk.

Hanya hujung sudu kecil dicampurkan dengan sesudu madu dan diminum setiap pagi dan malam.

3. Teh kayu manis.
Kadang-kadang saya hanya rendamkan sebatang kayu manis ke dalam air panas, tunggu ia menjadi suam dan saya amalkan seperti minum Cinch Tea. Rasanya tanpa gula agak payau, tapi sebab nak segera sihat, minum sahajalah.

teh kayu manis sebagai penawar batuk
Kalau nak sedap, boleh tambah madu

Cara Shaklee

Sebenarnya, ini adalah cara yang saya paling suka sekali. Sebab memang hampir semua produk Shaklee ada dalam kabinet dapur saya.

1. Vitamin C Plus
Memandangkan sistem imun tubuh ibu hamil agak rendah dan lemah, pengambilan Vitamin C sangat digalakkan untuk tujuan meningkatkan sistem imun. 

Nak makan limau Sunkist atau limau mandarin banyak-banyak, sakit tekak pula. Jadi cara termudah adalah dengan mengambil diantara 2 hingga 4biji Vitamin C setiap hari.

2. Garlic Complex
Jika anda seorang ibu, tentu sekali pernah mendengar tentang petua 'garlic oil' dari rakan-rakan ibu moden yang lain, kan?

Saya pula ambil Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Memang menakjubkan (tentu sekali dengan izin Allah), saya ambil dalam tempoh masa 3hari dan batuk-batuk saya berkurang dengan drastik sekali.

3. Omega Guard
Saya ambil Omega Guard secara berselang seli sahaja sejak mengandung kali ini. Tapi dek kerana batuk, saya kembali ambil 3 Omega Guard setiap hari. 

Antara manfaat dari minyak ikan terbaik ini adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kahak.

Jadi, ini lah antara remedy dan 'ubat-ubat' tanpa steroid yang saya amalkan sejak minggu lepas.
Jangan lupa tingkatkan pengambilan air masak juga ketika sedang diserang batuk atau selsema.

Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur lena tanpa mengganggu suami dan anak-anak dengan bunyi batuk keras saya di tengah malam lagi.

Pesan saya kepada ibu hamil yang lain, anda tak perlu runsing lagi memikirkan kenapa dah makan ubat batuk berbotol-botol dari klinik tapi tak baik-baik. Kerana Doktor pun memang dah kata macam tu. 

Jadi beralihlah kepada sesuatu yang lebih semulajadi. Dan jika anda ada rakan-rakan atau saudara yang sedang hamil dan juga sedang menderita disebabkan batuk, cepat-cepat bantu mereka selesaikan masalah dengan berkongsi tentang entry saya ini.

Kesian sangat tau, jika berat mata anda memandang, berat lagi yang ditanggung oleh ibu hamil itu.
Nak cepat baik, amalkan sahaja produk Shaklee seperti yang saya amalkan. Perjalanan kehamilan sepatutnya menjadi detik detik gembira bukan detik sengsara kan?

INILAH SHAKLEE EFFECT SAYA!

By the way, saya nak kongsi video ibu hamil juga. Beliau tiada masalah dengan batuk, tapi masalah beliau merunsingkan fikiran Doktor juga.

Masalah HB berjaya diatasi dengan baik melalui Set Kehamilan Shaklee.


Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Alam Kehamilan : Cerita Gembira Ibu Hamil Yang Anemia & Ibu Hamil Ganti Puasa

Anemia Semasa Hamil


Antara isu biasa namun memang sentiasa diberi perhatian oleh pihak klinik kesihatan dan hospital adalah anemia atau dikenali juga sebagai masalah Hemoglobin (sel darah) rendah.

Pelbagai faktor penyebab pada masalah anemia seperti faktor malnutrisi, masalah perubatan, masalah Thalasemia  dan pelbagai masalah lain.

Masalah ini dikenalpasti apabila bacaan Hemoglobin darah ibu hamil dibawah 11% ( Hb= < 11g%) 

Puan Rohaya adalah antara ibu hamil yang mempunyai masalah anemia sehingga mendapat amaran supaya masuk ke hospital lebih awal untuk melahirkan bayinya jika bacaan Hb rendah masih berterusan.

Mujurlah Puan Rohaya mempunyai seorang kakak yang sangat concern akan kesihatan dan keselamatan adiknya, dan si kakak terus memaksa adiknya mula mengamalkan beberapa jenis vitamin yang terbukti berkesan mampu menyelesaikan masalah Hb rendah ini.

Apa terjadi seterusnya, saya mohon anda klik butang Play pada video yang saya sertakan dibawah. 

Ini adalah video daripada tuan punya cerita iaitu Puan Rohaya dan kakaknya Puan Lin.

Anda pasti terasa lega bersama-sama mereka apabila masalah Hb rendah yang mungkin membahayakan bayi dalam kandungan berjaya diatasi dan bacaan Hb terus meningkat naik dengan baik sekali.




Cergas Semasa Puasa, Walaupun Sarat Mengandung

Saya kenal ramai juga rakan yang risau bila Ramadhan semakin hampir. Risau tak dapat dan tak mampu tahan lapar ketika Ramadhan, malah puasa tahun lepas yang belum berganti pun masih banyak.

Risau punya risau sehingga ada yang mengambil mudah mengambil langkah membayar fidyah sahaja dan tunggu sehingga melahirkan bayi, baru lah diganti puasa yang telah tertinggal tu.

Dari segi hukumnya, nanti kita akan kupaskan di entry lain.

Saya nak berkongsi dengan ibu-ibu hamil yang membaca entry ini, supaya tidak terlalu risau dan takut dengan ibadah puasa kerana sebenarnya ada cara untuk kita menggantikan puasa atau menjalani ibadah puasa tanpa rasa tak larat dan pedih pedih perut.

Bagi yang muslim, puasa tak semestinya jadi alasan untuk produktiviti makin jatuh. Malah, kita patut lebih cergas daripada biasa kan? buktikan kita muslim/muslimah sejati; puasa ke tak puasa ke kita cergas seperti biasa...
Bonus bagi yg pregnant, boleh dapat baby yang POWER lagi tu! 

Kita saksikan pengalaman Puan Haridah yang mampu berpuasa penuh dengan penuh tenaga dan cergas menguruskan anak-anak, suami dan bisnes walaupun mengandung di trimester pertama. Orang kata trimester pertama ni memang mencabar dari segi penat nya, kan?




Saya nak hint, mereka ambil Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix.

Untuk lebih feel dan mendalami apa yang mereka rasa, sebaiknya anda klik dan dengar sendiri pengalaman mereka ye!

Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Mencuci Kasut Sekolah Yang Kotor Kini Lebih Mudah Dan Menyeronokkan Anak-Anak

Tahun 2014 adalah tahun pertama anak saya bersekolah rendah. Berkasut putih, berbaju putih dan berbaju putih. 3bulan pertama persekolahan, pakaian sekolah dan kasut Hannah masih kelihatan baru dan putih,

Masuk sahaja bulan keempat dan seterusnya, baju dan kasut yang putih mula menjadi agak kotor. 
Mungkin lumrah anak-anak suka bermain tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang membuatkan baju dan kasutnya mudah kotor terutama sekali ketika waktu hujan.

lebihkurang macam ini lah kotornya kasut Hannah

Saya yakin, ibu ibu yang ada anak bersekolah pasti faham perasaan ini. 

Kasut mula bertukar warna. Bahagian getah kasut lebih mudah dibersihkan berbanding bahagian berkain. Nak sental kekotoran pada kain kasut tu memerlukan satu tenaga dan kesabaran luar biasa. Kalau tiada 2 ini, kasut tidak akan bersih sebersihnya. Phew!

Hannah memang dilatih mencuci kasutnya sendiri sejak awal persekolahan darjah satu, 
Rungutan yang kerap kali saya dengar dia bising-bisingkan ialah, tangannya pedih dan sakit bila terkena sabun untuk mencuci kasut. 

Sesi mencuci kasut jadi lebih lama (sambil-sambil dia main air) bila dia beralasan tangan dia pedih.
Memang kesian juga lah. 

Masuk tahun 2015, apabila melihat ramai rakan rakan lain mencuci kasut dengan BasicH, saya pun ambil keputusan untuk mencuba. Alang-alang memang dah ada BasicH ni dekat rumah.



CUCI KASUT DENGAN BASIC-H


Sementara Hannah kesekolah agama sebelah petang, saya ambil kasut-kasut sekolahnya dan rendamkan dengan sesudu BasicH. Petangnya bila dia nak mandi, saya minta dia terus basuh kasut-kasutnya.

"Mama! Mama guna sabun baru ke? Sabun ni tak buat tangan Hannah panas dan sakit dah. Buih dia best, banyak!"
sambil dijengukkan kepalanya keluar dari toilet.

Alhamdulillah lega saya bila Hannah sudah tak merungut lagi tentang kesan sabun cucian kasutnya. Dulu tangannya akan berubah jadi kemerah-merahan akibat rasa 'panas' dari sabun yang digunakan.

Selepas rendaman selama 1-2jam, dan sedikit sesi memberus, lihatlah kasut Hannah, bersih sebersihnya.

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
info lanjut : BasicH
Alhamdulillah, semakin seronok kerja mencuci sekarang setelah berkenalan dengan pencuci serbaguna yang selamat pada kulit kita. Sekarang anak saya tak perlu diingatkan berkali kali lagi untuk terus mencuci kasut setiap kali tiba hujung minggu
Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Kembar Tak Jadi, Senario Blighted Ovum Pada Kantung Bayi Kedua

Selitan cerita tentang kehamilan keempat akan saya abadikan juga disini, Insya allah.

Semalam, untuk kali kedua, saya dan suami mengunjungi Klinik Soraya di Seksyen 3, Shah Alam.
Kunjungan kali pertama, Doktor kata terlalu awal. Semasa proses scanning, kami hanya boleh nampak kantung bayi (baby sac) sahaja, belum nampak degupan jantung bayi lagi.

Imej scan pada usia 5minggu
Jadi kami diminta datang lagi.

Semalam, pada usia kandungan 8minggu, kami dah boleh nampak degupan jantung bayi. Subhanallah. Alhamdulillah,

Yang menariknya, semasa sesi scan semalam, Doktor dapati ada 2 kantung bayi. Cuma satu kantung memang mempunyai bayi dengan jantung yang berdegup, manakala yang satu lagi hanya kantung kosong.

Dengan perasaan ingin tahu, kami suami isteri minta Doktor jelaskan.
Katanya dengan ringkas, mungkin ini kejadian kembar tak jadi. Berlaku di fasa awal persenyawaan dan tidak diketahui macam mana boleh terjadi macam tu.

Saya faham, memang sesungguhnya kehamilan adalah sesuatu yang penuh misteri. Apa juga yang berlaku walaupun mungkin ada sebab secara saintifik namun sesungguhnya ia adalah kejadian yang ALLAH telah ciptakan.

Saya cubalah buat sedikit research melalui pakcik Google. Siapa lagi kita nak tanya di zaman internet ini kan?

Saya taipkan keyword 'empty baby sac' dan ia membawa saya kepada beberapa artikel.

BLIGHTED OVUM.

A blighted ovum happens when a fertilised egg (ovum) implants in the womb (uterus), but a baby doesn't grow. The medical term is anembryonic pregnancy. Sadly, when this happens, it results in an early miscarriage
We don't fully understand why a blighted ovum happens. When an egg is fertilised by a sperm, some cells develop into the embryo, and others develop into the placenta and membranes.

Sometimes, the cells that would have become the embryo fail. This may be due to there being too many or too few chromosomes during fertilisation.

With a blighted ovum, even though the embryonic cells fail, the cells that become the placenta and membranes keep developing. This means that the pregnancy sac continues to grow, and the placenta starts to form. 

Your body doesn't recognise that there's no embryo developing inside the sac, because pregnancy hormones are still being produced, preventing a miscarriage.

sumber : Baby Centre UK

Sedikit ringkasan.

-Blighted ovum berlaku apabila telur telah disenyawakan oleh sperma
-Secara normalnya, sel akan membentuk embrio (janin), dan sel lain membentuk placenta (uri) dan membran
-Blighted ovum berkemungkinan kerana terlalu banyak atau terlalu sedikit kromosom ketika persenyawaan.
-Hormon kehamilan terus dihasilkan walaupun tubuh tidak menyedari bahawa tiada janin didalam kantung
-Biasanya ia akan berakhir dengan simptom-simptom keguguran.

Untuk kes saya, Doktor berpendapat bahawa empty sac tadi akan termusnah atau hilang secara sendiri seiring usia kandungan yang semakin membesar.

Alhamdulillah, kami masih ada 1 janin yang sedang berdegup degup dalam rahim saya.
Doakan yang baik baik sahaja untuk kami ya.


Lebihkurang macam ini lah imej saya semalam. Kantung atas nampak janin, manakala yang bawah kelihatan kosong.

Ia mungkin juga ada kaitan dengan 'tubuh' saya yang mengalami petanda-petanda berlainan dari kehamilan sebelum ini.

Kali ini, memang saya perlu lebih kuat untuk berdepan dengan simptom;
- terlalu mengantuk pada waktu pagi
- terasa sangat penat pada waktu petang
- mual dan tak tahan dengan bau masakan
- badan berangin

Nasib baiklah kali ini saya tidak perlu berdepan situasi ini di tempat kerja kerana saya adalah work at home mom. Kalau tidak, mungkin terpaksa MC kerap.

Dan buat masa sekarang, saya meneruskan vitamin untuk ibu hamil yang biasa saya cadangkan iaitu;
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix.

Saya tambah juga Omega Guard dan Garlic Complex sebagai bantuan saya ketika sedang diserang batuk-batuk berkahak.

Looking forward untuk progress seterusnya. Doakan kehamilan yang ceria untuk saya ya


Derita Sakit Sendi Selama 6 Bulan Berakhir, Kini Bebas Bergerak Sampai Puncak Bukit Broga

Ini kisah benar.

Puan Lydzar, selalu mengadu kepada suaminya tangan dan kakinya selalu terasa sakit tapi sukar nak digambarkan bagaimana kesakitannya.

Ia bukan seperti kena pukul, bukan juga rasa seperti terbakar, yang pasti kesakitan itu menyebabkan beliau sangat tidak selesa terutama sekali ketika memandu dan ketika sedang membuat kerja rumah.

Surirumah Tak Buat Kerja Rumah. 

Bayangkan! Duduk rumah tapi mampu buat kerja-kerja yang minima dan beliau gagahkan juga supaya mata suami tak semak memandang. Dan kerja yang paling beliau surrender adalah melipat baju.

Anda semua tentu faham, kerja melipat baju agak renyah dan mengambil masa. Lagi-lagi jika 'tercuti' lipat baju, terus jadi gunung baju-baju itu tadi.

Rimas, stress, bosan melihat timbunan kain, tapi bila nak lipat, beliau terpaksa berdepan dengan kesakitan pada sendi-sendi tangannya. Jadi, beliau hanya buat yang termampu dan gunung-gunung baju tidak pernah tertarah dengan baik.

Pasrah.

Klik butang 'PLAY' sekarang ya.

 

Set Kesihatan Sendi Penyelesai Masalah.

Alhamdulillah, setelah diperkenalkan dengan Set Kesihatan Sendi oleh seorang rakan, hanya dalam masa beberapa bulan selepas itu, beliau mula merasakan kesan hebatnya.

Sakit-sakit sendi yang dialaminya semakin hilang. Dah rasa selesa otot dan sendi kaki masa bawa kereta, dah boleh lipat segunung kain dan sebagainya.

Jom lihat sebentar apakah yang ada dalam Set Kesihatan Sendi ini.

Saya kongsikan album tentang Set ini
Dan akhir sekali, ternyata beliau mampu bergerak bebas termasuk berhiking bersama suaminya.
Bayangkan jika masih sakit-sakit sendi, mungkinkan beliau dapat temankan suaminya buat aktiviti outdoor?


Sakit Sendi Dan Ibu Ayah Kita.

Saya yakin, anda yang membaca entry ini mempunyai ibu dan ayah yang semakin menginjak usianya. Jika Puan Lydzar yang muda ni pun boleh terkena sakit sendi, apatah lagi ibu ayah kita yang otot-otot sendi mereka seiring usia.

Tentu mereka pernah merungut, sukar nak berjalan jauh, sukar nak solat sunat sebab sakit-sakit lutut, sukar nak dapatkan tidur yang lena dan sebagainya. Ia adalah tanda penuaan. Namun, tidak terlambat untuk berikan mereka rasa selesa dan kesihatan yang baik.

Dan saya nasihatkan, jangan ambil masa terlalu lama untuk anda membuat keputusan membelikan mereka Set Kesihatan Sendi ini. Bayangkan hanya selepas seminggu mereka mulakan set sendi ini, mereka telefon anda beritahu mereka dah boleh buat lebih banyak solat sunat di masjid dengan nada yang sangat gembira.

Ibu bapa bahagia, anak-anak juga pasti lega. kan?



Post by Kedai Triple-S.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma tentang Set Kesihatan Sendi ini.
Kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424


Shaklee Sebagai Brand Of The Year di The Brand Laureate Award

Malam tadi, sambil-sambil tengokkan anak-anak buat homework, sempat saya sroll newsfeed di Facebook. Dan tiba-tiba meriah wall rakan-rakan SID saya dengan status updates dari Puan Aza Zainal yang sedang menghadiri satu majlis anugerah.

Rupanya, beliau berada disana untuk celebrate kejayaan pihak Shaklee yang memenangi salah satu award dari The Brand Laureate Award.

Sedikit snapshop dari gambar yang dikongsikan oleh ramai rakan SID saya.


Apakah The Brand Laureate Award?

Sebenarnya, saya pun baru saja tahu tentang award ini. Saya kutip sedikit info daripada website rasmi mereka iaitu The Brand Laureate Award.

Founded in 2005, the Asia Pacific Brand Foundation (APBF) is a non-profit organisation dedicated to developing brands in a myriad of BUSINESS backdrops. Led by its Patron, H.E. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia’s fourth Prime Minister together with a Board of Governors who are experienced captains of industries and brand icons.

Brands are catalysts of growth and organisations musts realise the significance of brands and branding if they want to be successful and achieve MARKET leadership position. Consumers must also be educated and informed of the qualities of good brands and best branding practices. This is where the APBF steps in to make a difference and assist brands to achieve their maximum potential.

With aspirations to encourage awareness of branding in Malaysia and across the world, the APBF takes an active role in identifying and nurturing outstanding Malaysian brands to an international PLATFORM. The foundation continually goes on the mission to educate and communicate the value of branding, with the concept that brand culture combined with good practices will give Malaysia the edge amongst the world’s advanced nations.

Starting off on a modest note with publication of branding articles in the media, APBF evolved into an association that organised branding seminars and forums to discuss issues and latest developments in branding. The organisation’s commitment in encouraging the performance of BUSINESSES through branding saw the launch of the Tun Dr Mahathir-The BrandLaureate Lecture Series, with the aim of furthering the objectives of APBF.

After its establishment, the APBF has embarked on many initiatives through The BrandLaureate to support its brand mission. Among the significant events initiated include The BrandLaureate Awards for multinationals (MNC’s), Public Listed Companies (PLC’s), Trans-National CORPORATIONS (TNCs), Governement Linked Corporations (GLC’s) and Large Corporations (LC’s). With the success of the awards, the APBF then launched The BrandLaureate – SMEs BestBrands Awards to honour the small and medium enterprises in the country.

A visionary organisation, APBF aims to continue to take branding into a new dimension through passion and commitment. 

Ini pula penerangan ringkas dari Tuan Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim
The winners of The BrandLaureate Awards are selected based on a 300-point selection criteria consisting of brand strategy, brand culture, integrated brand communications, brand equity and brand performance. Shaklee is the winner
Maksudnya, sesebuah kompani atau brand perlu melalui dan lulus 300 jenis kriteria sebelum layak diberikan award ini.

Alhamdulillah, saya memang sejak dulu lagi yakin dan percaya, Shaklee memang layak seiring dengan usaha pemiliknya iaitu Mr Roger Barnett dalam mempastikan semua produknya dihasilkan dengan cara yang terbaik sebelum sampai kepada pengguna.

Seiring dengan itu, pihak management Shaklee di Malaysia juga tak henti-henti berusaha memperkenalkan world brand product ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Sememangnya usaha mereka layak mendapat pengiktirafan seperti ini.

Yang lebih membanggakan memang hanya Shaklee sahaja sebagai salah sebuah syarikat MLM yang layak mendapat pengiktirafan dan award ini :)

Barisan pihak management Shaklee yang meraikan kejayaan mereka.

JATUH CINTA BERKALI-KALI

Jika kita ingin jatuh cinta, pastinya kita akan memilih hanya yang terbaik kan?
Atas sebab ini lah saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee sejak pertengahan tahun 2011 dahulu.

Bermula dengan set penyusuan, susu jadi banyak sehingga anak mudah kenyang. Sentiasa sihat walaupun tinggal di taska. Kemudian tambahan produk produk lain yang membantu saya dapat kulit yang sihat, badan yang bertenaga, berat badan yang terkawal serta tak lupa dapat menjana pendapatan sampingan hingga saya berjaya berhenti kerja.

Sehingga kini, perasaan sayang semakin kuat kerana Shaklee dan produknya memang sangat bagus dalam usaha saya memperbaiki dan memelihara tahap kesihatan keluarga kami.



Train The Trainer Nutrition Workshop 2015 Module 2

Alhamdulillah, Sabtu dan Ahad lepas berpeluang memperuntukkan masa untuk hadir ke program akhir Train The Trainer Nutrition Workshop 2015.

Ini adalah sambungan kepada program TTT Module 1 pada bulan November 2014.

Kali ni kami habiskan semester 3 dan 4 di University Of Shaklee dan ambil peperiksaan akhir sebelum graduation day. Menarik sangat program ini, di mana kami dilatih untuk menjadi Product Consultant Shaklee, dengan misi agar kami pula dapat menyampaikan info-info produk dan nutrisi kepada organisasi kami.


Antara intipati modul yang kami belajar di keseluruhan program ini adalah;

-Bagaimana nak set up sebuah product workshop
-Bagaimana nak sediakan slide presentation yang bagus
-Sistem tubuh manusia
-Produk Shaklee dan kelebihannya
-Skil konsultasi
-Bagaimana membaca medical reports dan clinical papers

Diikuti exam bertulis dan juga pembentangan ringkas tentang produk.

SIAPA YANG BOLEH HADIRI TTT?

Pihak Shaklee meletakkan syarat hanya Coordinator dan keatas yang layak menghadiri program ini. Kerana mereka adalah antara key leaders yang sudah mempunyai organisasi yang agak besar. Jadi tugas kami selepas ini, adalah untuk menyebarkan pula info-info penting ini kepada anak-anak buah kami pula

Sedang menunggu giliran untuk membuat presentation
Dah dapat sijil penyertaan
Di hujung program, kami mendapat sijil penyertaan. Yang paling tak sabar adalah untuk dapatkan result samada layak sertai majlis convocation atau tidak nanti.

Saya yakin semua leaders yang hadir pada hari tersebut memang akan layak berkonvo.




Promosi Feb : Gabungan 4 Produk Shaklee Kegilaan Rakyat Malaysia

Memang gila kalau tak beli produk-produk yang dipilih oleh pihak Shaklee bulan ini.
Kali ini kami sasarkan beberapa golongan yang mungkin tidak boleh tidur jika belum ambil vitamin-vitamin ini.

SIAPAKAH YANG AKAN BERPUSU-PUSU MEMBELI PRODUK PROMOSI BULAN FEB?

1) Golongan Ibu
  • Ibu yang sedang cuba untuk hamil (trying to conceive)
  • Ibu yang sedang hamil tak kira di trimester ke berapa pun
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Ibu yang sedang menyusukan anak-anak
  • Ibu-ibu yang dah lanjut usia dan risau risiko Osteoporosis
  • Ibu yang sayangkan anak-anak mereka
2) Golongan Bapa
  • Bapa yang bakal dapat baby baru
  • Bapa yang sedang menjaga isterinya di dalam pantang
  • Bapa yang memberikan sokongan kepada isterinya untuk menyusukan anak secara sepenuhnya
  • Bapa yang semakin meningkat usia
  • Bapa yang sayangkan anaknya
Nampak macam sama je, kan?

Siapa lagi yang mempunyai keinginan besar ketika sedang menjaga keluarga kalau bukan kedua-duanya sekali kan?


VITALEA & OSTEMATRIX

Tahukan anda, golongan ibu-ibu sangat memerlukan Vitalea dan Ostematrix disepanjang hidup mereka. Bermula dari zaman awal berumahtangga sehinggalah hujung usia mereka.

Dengan keadaan pemakanan yang sukar nak seimbang (saya tak kata tak boleh seimbang, cuma terdapat terlalu banyak limitation untuk mendapatkan pemakanan seimbang), jadi multivitamin adalah hampir menjadi keperluan wajib setiap individu sekarang

Proses kehamilan sehimggalah penyusuan yang membabitkan keperluan kalsium boleh menyebabkan si ibu menderita jika bekalan kalsium yang hilang tidak digantikan. Kesian lah ibu, sebab mahu mengandung dan susukan anak, akhirnya pinggang ibu sakit-sakit. Yang lebih menakutkan jika tulang ibu rapuh dan mudah patah, belum lagi risiko Osteroporosis.

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80biji badam. Simple!



OSTEMATRIX & JOINT HEALTH TABLET

Sukar nak solat? Lutut berbunyi-bunyi ketika berjalan? Naik tangga ke tingkat atas rumah menjadi mimpi ngeri?

Ini antara beberapa masalah utama ibu bapa kita yang berusia lebih 50tahun. Kelihatan sihat secara fizikal, tapi rupanya menangggung seksa dan sengsara bila berdepan masalah di atas.

Jika sentiasa dikelilingi anak untuk membantu mereka bergerak, oklah juga. Tapi masalahnya anak-anak pun sibuk sangat dengan komitmen hidup sendiri. Kesian mereka. 

Jadi dengan menghadiahkan mereka Set Kesihatan Sendi ini, sekurang-kurangnya anda telah pun menjadi anak yang berbakti walaupun tidak dapat membantu dari dekat.

VITALEA FOR CHILDREN

Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan pada bulan lepas, maka pihak Shaklee bermurah hati untuk terus mempromosikan Vitalea For Children ini sekali lagi pada bulan Februari pula.

Kalau bulan lepas dah cuba 1 botol untuk anak-anak, pastinya bulan ini anda mahu grab terus promosi Beli 3 Percuma 1 untuk anak-anak agar bekalan mereka tidak kehabisan.




Pastikan anda ambil langkah penjimatan membeli semua produk promosi ini ye. Peluang tak datang selalu.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424