3 Kaedah Banyakkan Susu Ibu Yang Mama Wajib Tahu



Susu merudum?

Ramai mama mula panik jika ini berlaku sedangkan mereka telah menetapkan KPI mereka akan menyusukan secara fully breastfeeding selama 2 tahun.

Mungkin mama tidak menyedari bahawa kemeruduman susu mereka berlaku seiring dengan usia anak yang semakin membesar. Anak sudah mula makan solid food, sudah aktif bermain dan perhatian mereka mudah beralih ketika menyusu.

Konsep 'demand vs supply' memang sentiasa perlu dipatuhi walau berapa pun umur anak demi untuk mengekalkan production yang mencukupi untuk anak. Jadi kaedah memerah susu (pumping) adalah kaedah yang sangat penting untuk mama lakukan tanpa henti.

Mari saya kongsikan 3 kaedah banyakkan susu ibu yang mama wajib tahu seawal proses kehamilan lagi. Knowledge is power, kan?

3 Kaedah Banyakkan Susu Ibu Yang Mama Wajib Tahu

1. INTENSIF PUMPING

Caranya;
  • Mama mengepam setiap 2 jam
  • Ambil masa 10-15minit untuk sesi mengepam 
  • Pam lagi selepas 2 jam


Dengan cara ini, tubuh mama akan mendapat signal bahawa susu perlu dihasilkan dengan lebih banyak

Kaedah ini perlu diulangi secara konsisten sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu untuk mendapatkan keberkesanannya

2. TANDEM PUMPING

Caranya;
  • Mama mengepam sambil menyusukan anaknya (sebelah menyusu, sebelah lagi mengepam)
  • Sediakan peralatan mengepam terlebih dahulu sebelum memulakan sesi tandem pumping ini untuk memudahkan mama
  • Hal ini seperti menyusukan bayi kembar kerana kedua dua belah payudara akan mengeluarkan susu secara serentak

Dengan cara ini, tubuh mama juga akan menerima signal untuk menghasilkan susu lebih banyak kerana mama seperti sedang menyusukan anak kembar yang tinggi permintaannya

Kaedah ini juga perlu dilakukan secara rutin bagi setiap penyusuan. 
Bagi ibu yang bekerja, anda boleh lakukannya pada waktu malam termasuk ketika menyusukan anak sebelum tidur dan awal pagi

3. POWER PUMPING

Caranya;
  • Ambil masa 1 jam khas untuk mengepam
  • Boleh menggunakan pam single atau pam double.
  • Pam single ; pam sebelah kanan selama 10 minit rehat 10 minit. Pada masa sebelah kanan berehat, pam sebelah kiri selama 10minit. Ulangi sehingga habis masa 1 jam
  • Pam double; Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit, rehat 10minit. Teruskan lagi selama 20 minit dan tamat.

Power pumping memberikan tubuh mama signal secara kejutan untuk menghasilkan susu.
Cara ini akan benar-benar mengosongkan payudara dan  memberikan isyarat supaya tubuh menghasilkan lebih banyak susu. 

Jadi sekarang mama dah tahu kan apa perlu dibuat ketika mama perasan susu nampak macam dah merudum. Jangan terlalu panik. Ikut sahaja langkah-langkah membanyakkan susu badan seperti langkah-langkah diatas.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head