Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

Senarai Semak Persediaan Bayi Baru Wajib Ada Supaya Mama Papa Tak Membazir Semasa Bershopping

Kalau nak sambut anak sulung, saya 100% yakin semua bakal mama papa akan tersangat excited dengan persediaan menyambut permata pertama mereka. Dari sekecil-kecil barang hinggalah ke buaian dan stroller, semuanya hendak dibeli. Saya tak cakap orang lain, sebab saya pun begitu semasa membuat persediaan anak sulung saya.

Namun bila masuk anak kedua dan seterusnya,  mungkin kadar keterujaan akan berkurang sedikit bila kita cakap bab bershopping. Maklumlah, ramai yang berpendapat si adik boleh gunakan barangan abang atau kakak mereka. Dengan kadar ekonomi yang semakin tak menentu ni, saya yakin ramai mama dan papa akan berhati hati dengan perbelanjaan mereka.

Dan bagaimana pula jika jarak bayi baru sangat jauh dengan abang atau kakak mereka?
Saya ambil contoh kandungan saya, bayi dan kakaknya berbeza 4 tahun. Memang kadangkala saya rasa macam hamilkan anak sulung.

Kebetulan hampir semua barangan dan gadget bayi telah pun saya jual ketika proses nak berpindah rumah pada tahun 2013 dahulu. Dan kini, hampir semua kelengkapan untuk bayi, tiada.

Jadi mungkin kami terpaksa back to square one. Bermula dari awal.


APAKAH BARANG YANG PALING PENTING?

Kalau bercakap pasal anak sulung, saya yakin setiap pasangan akan kata semuanya penting.
Katil baby nak beli, buaian nak beli, stroller canggih nak beli, beg jalan jalan nak beli. Baju, stoking dan mitten tentu sekali dah rambang mata bila lalu lalang dekat keday jual barangan baby dek kecomelannya.

Jom kita kenalpasti kategori barang bayi ketika sedang membuat persediaan.


Checklist diatas adalah antara yang terpenting untuk anda ambil perhatian ketika sedang bershopping barang bayi. Nak mudah, boleh print kan checklist ni dan bawa kemana mana ok.

Bila dah beli, boleh tick, jadi ini akan memudahkan urusan mencari barang-barang.

Sebenarnya ada banyak lagi senarai kalau hendak dimasukkan dan dibeli. Saya sekadar mencadangkan seperti diatas (minima) berdasarkan keperluan terpenting bayi itu sendiri.

Jenis dan jenama barangan ini anda suami isteri boleh bincang-bincangkan bersama agar ianya berbaloi. Ada orang kata barangan mahal lebih berkualiti, namun sebenarnya ada juga barangan murah tak kurang kualitinya.

Mungkin dari segi aspek stroller dan car seat, lebihkan ciri keselamatan sebelum membeli. Biasanya yang ada full security aspects ini akan lebih mahal harganya. Alah membeli, menang memakai..kan?

Persediaan Penyusuan

Begitu juga dengan persediaan penyusuan bayi. Saya sangat menggalakkan para ibu untuk menyusukan bayi masing masing sekurang-kurangnya sehingga 6bulan. Jadi tak perlu survey jenis jenis susu formula dahulu ya.

Jangan sesekali risau susu tak ada, Set Penyusuan kan ada :)

Saya galakkan mama dan papa survey jenis breastpump yang baik. Kalau mama bekerja, eloklah ambil pakej lengkap bersama cooler bag, icepack dan aksesori lain yang perlu.
Ambil tahu jika di pejabat mama ada sediakan peti sejuk sebagai tempat simpanan sementara susu perahan nanti

Persediaan Untuk Ibu

Haaaaa.. punyalah seronok nak sambut baby, barang-barang untuk mama jangan lupa sediakan juga.
Biasanya ibu akan perlukan Set Berpantang, bengkung, stoking, baju panas dan juga makanan berkhasiat untuk proses pemulihan dan proses menghasilkan susu badan.

Ada ibu memilih untuk memakai korset (pengganti bengkung), untuk mempercepat dan memudahkan urusan penjagaan badan kerana di dapati ianya lebih kejap dan menyokong perut. Terpulang kepada individu nak amalkan yang mana.

Selamat bershopping dan selamat menimang cahaya mata kepada ibu hamil yang membaca entry saya ini. Saya doakan semua urusan berjalan lancer dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. :)

Semoga bermanfaat!
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424