4 Tips Mudah Elak Simpul Mengkarung Ketika Hamil Buat Anda Lena Tidur Malam


Pernah dengar istilah simpul mengkarung?

Saya pertama kali dengar istilah ini pun dikalangan rakan-rakan yang sudah pun bergelar ibu waktu mengandungkan anak pertama pada 2007 dahulu. Ada juga yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung dan sebagainya.

Lucu juga kalau nak difikirkan logic kaitan namanya. Macam pelik juga apa maknanya, rupanya daripada sembang mak-mak dekat opis tu, tahulah saya yang simpul mengkarung ini ialah nama lain bagi simptom kekejangan yang berlaku pada wanita hamil.

Pengalaman sendiri kena simpul mengkarung.

Tidak dinafikan, saya sendiri pernah mengalami masalah ini ketika hamilkan anak sulung dulu.

Sakitnya datang tiba-tiba terutama sekali ketika cuaca sejuk atau apabila kita tidur dalam kesejukan aircond. Tak kira lah pukul 2pagi ke, 4 pagi ke, tiba-tiba simpul mengkarung nak datang, hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya.

Kesakitan yang bermula dari bawah betishingga kebahagian bawah kaki. Ia akan mengambil masa beberapa minit, sebelum pulih seperti biasa semula. Tapi nak menunggu kesakitan tu surut, memang boleh menjerit-jerit menangis jugalah.

Biasanya, suami lah yang jadi mangsa, kejutkan dan minta dia urut-urut serta tarikkan kaki. Insya allah selepas seketika, kesakitan akan berkurangan dan boleh kembali tidur.

Apa Punca Kekejangan Ketika Hamil?

Menurut website BabyCentre, kekejangan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Saya petik sedikit ulasan dari website tersebut.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Ibu hamil yang selalu terkena tarik mengkarung ini mungkin akan mengalami fobia untuk tidur di waktu malam. Kurang tidur pula akan menyebabkan mereka mudah mengantuk, tidak cergas, tidak produktif di tempat kerja dan kadangkala boleh buat ibu tersebut menjadi semakin stress.

Kesannya bukan sekadar pada kaki yang sakit, ianya lebih dari itu. Jadi ibu hamil yang selalu mengalami masalah ini perlu buat sesuatu.

Ketahui 4 Tips Mudah Legakan Tarik Mengkarung.


4 tips di atas adalah antara cara mudah bagi ibu hamil nak elak dari terkena simpul mengkarung secara berulang-ulang.

1. Sapukan minyak panas sebelum tidur.

Seperti yang kita tahu melalui fakta yang saya kongsi dekat atas tadi, kekejangan ini melibatkan otot.
Seperti kebiasaan ramai atlit juga, untuk mengelakkan kaki kejang mereka akan menggunakan krim atau semburan minyak panas untuk melegakan otot yang kejang.

Anda boleh gunakan minyak mastika, minyak kayu putih, minyak yu yee atau apa sahaja minyak panas yang anda sukakan. Sapukan dan buat sedikit urutan pada belakang kedua dua betis hingga ke buku lali.

Efek kesan panas dari minyak tersebut tentu sangat melegakan dan ibu bolehlah tidur dengan lena.

2. Amalan merendam kaki dengan air suam sebelum tidur. Ini juga bertujuan merehatkan otot dari tekanan.

3. Minum susu atau ambil pil kalsium setiap hari.

Dikatakan tubuh ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium apabila mengandung dan menyusu kerana ia dikongsi bersama bayi.

Jika ibu tidak 'top up' pengambilan kalsium dari sumber makanan / minuman atau suplemen, tubuh mereka sendiri akan mengalami defisit. Kasihan si ibu, jadi sebab itu lah di syorkan sangat minum susu atau ambil pil kalsium.

Pengalaman saya sendiri, saya mengambil pil kalsium bernama Ostematrix secara konsisten sejak awal kehamilan lagi, dan terbukti saya tidak pernah kena tarik mengkarung lagi untuk kehamilan kali keempat ini. Berbeza dengan kehamilan sebelum ini, pasti akan kena sekurang-kurangnya 3 kali.

4. Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk bersilang.

Diketahui 2 keadaan ini akan menyebabkan kaki ibu hamil stress. Peredaran darah menjadi kurang lancar. Dan otot kaki akan mudah penat.

Jika duduk dimeja kerja di pejabat, ibu hamil disarankan meninggikan sedikit kaki mereka dengan sesuatu seperti kotak, agar tidak terjuntai seperti biasa. Mereka juga digalakkan bergerak secara kerap untuk menggalakkan peredaran darah dan seumpama senaman ringkas yang baik untuk ibu hamil.

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya tentang isu ibu hamil berkaitan kaki kejang ini.
Saya sebagai seorang ibu hamil memang memahami betapa sakitnya bila diserang kekejangan walaupun ia tidak berpanjangan.

Lagi lagi pula kalau kita tengah cramp, kejutkan suami..tapi beliau tak bangun nak tolong urut atau legakan kesakitan kita tu. Hehe memang rasa tak aci sangat kan :P

Saya doakan semua ibu hamil merasakan pengalaman manis kehamilan sepanjang 9bulan ini.
Kongsikan entry saya ini kepada mereka yang mengalami masalah simpul mengkarung ya..

Nak lebih mudah, syorkan sahaja mereka membeli Set Kehamilan Indah yang turut mengandungi pil kalsium Ostematrix daripada saya. Bukan apa, kalau boleh saya memang mahu semua ibu hamil happy happy saja tanpa masalah simpul mengkarung macam ini.

Hubungi saya okey :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424