7 Tips Atasi Masalah Kaki Bengkak Pada Ibu Mengandung

Edema ketika hamil

Kelmarin, sakit sungguh rasanya kaki saya ni. Duduk rasa tak kena, baring rasa tak kena, apatah lagi ketika berdiri dan berjalan.

Pada usia kandungan 34minggu, memang tidak dinafikan ramai ibu mengandung yang mengalami masalah bengkak kaki yang juga dipanggil sebagai edema.

Kali pertama kena bengkak kaki ketika mengandung anak sulung dulu, adalah pada usia kandungan 7bulan (28minggu). Memang awal. Dan pada ketika itu penambahan berat badan yang mendadak memang menjadi salah satu punca terjadinya masalah bengkak kaki ini.

MENGAPA BENGKAK KAKI (EDEMA) TERJADI?

Saya ceritakan sedikitlah ye, mengapa boleh berlaku masalah bengkak kaki ini. Orang yang belum mengandung tentu tertanya-tanya juga apa puncanya.

Saya cedok sedikit info daripada website BabyCentre.

Secara amnya, ketika mengandung, badan akan menyimpan lebih banyak cecair.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
-----------------------------------------------------------------

Memang benar, bukan setakat kaki terasa bengkak, malah jari-jari dan tapak tangan pun terasa bengkaknya.

Tips Berguna Untuk Melegakan Kaki Bengkak Pada Ibu Mengandung.

Semua tips ini saya dapatkan dari rakan-rakan Facebook saya.
Ada diantaranya baru pertama kali saya dengar. Dan ada juga yang saya pernah dengar sebelum ini tapi belum mencubanya.

1. Tinggikan posisi kaki
Jika kerja anda memerlukan anda duduk hampir setiap masa, sediakan 1 stool atau kotak kecil di bawah meja. Lunjurkan kaki dan letakkan kedua dua kaki ketika membuat kerja. Jangan silangkan kaki ketika duduk ya!

Ketika berbaring untuk tidur, alaskan kaki dengan bantar agar kedudukan kaki agak tinggi. Perbuatan ini akan membantu melancarkan peredaran darah.

2. Elak berdiri terlalu lama
Tentu penat kalau berdiri lama lama ketika mengandung kan? Dikatakan, darah yang di pam oleh jantung akan sukar untuk kembali akibat salur darah yang ditekan oleh janin. Jadi elakkan berdiri terlalu lama.

3. Elak menggunakan kasut yang bersaiz kecil.
Kaki dah bengkak, pakai kasut kecil, tentu sekali tak tertahan tahan lagi sakitnya tu. Kasut yang kecil akan menyebabkan salur darah terhimpit dan peredaran darah tidak lancar. Carilah kasut yang sesuai untuk ibu hamil. Biasanya saiz akan bertambah 1 saiz lebih besar apabila seseorang wanita hamil.

4. Urutan lembut pada kaki.
Anda boleh mengurut kaki dengan lembut, bermula dari  tapak kaki ke buku lali. Sehingga lah ke lutut. Urutan ini mampu melancarkan peredaran darah sekaligus melegakan kaki yang sakit dan bengkak.

5. Rendam kaki dengan air suam atau air sejuk.
Ia adalah terapi yang sangat BEST. Boleh tambahkan sedikit garam kasar ke dalam air suam untuk melembutkan kulit kaki.

6. Ambil makanan berkhasiat.
Selain fokus untuk membekalkan nutrisi yang baik untuk bayi dalam kandungan, ibu hamil juga sangat perlu monitor pemakanan demi kesihatan diri sendiri juga. Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam. Boleh amalkan Set PreNatal seawal anda nampak double line pada kit UPT :)

Pengambilan makanan yang tinggi dengan kalsium dan magnesium juga mampu membantu mengatasi masalah sembab air. Pil Ostematrix yang terdapat di dalam Set Pre Natal ini sangat membantu saya ketika sarat mengandung.


7. Minum air secukupnya.
Sama macam tips nak kurangkan gemuk air. Minum lah air secukupnya untuk mengurangkan pengumpulan cecair di kawasan kaki

Insya allah semua tips ini mampu membantu sedikit sebanyak untuk mengurangkan kesakitan akibat bengkak kaki. Bersabar ya ibu. Memang banyak pengorbanan kaum ibu terpaksa lakukan demi melahirkan zuriat penyeri rumahtangga.


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424