Shaklee Global Conference : Persediaan Demi Persediaan

Ini sesi flashback. Masa kejadian sebenar saya agak sibuk dan hanya simpan beberapa nota penting sebelum dapat saya abadikan dalam blog ni. Entry untuk Global Conference Long Beach Los Angeles dulu saya tak abadikan. Terasa rugi pula. Nak flashback pun dh terlalu lama sampai banyak memori yang saya dah lupa.

PERSEDIAAN : PASSPORT DAN VISA

Memandangkan saya dah renew untuk 5tahun sebelum trip ke Umrah Ziarah Abu Dhabi pada bulan Disember lepas, maka part yang ini saya boleh relax. Next expiry passport ialah tahun 2020. Manakala visa yang saya buat pada tahun 2014 dulu pula expiry nya hanya selepas 10tahun ( 2024), part ini juga saya boleh relax. Hehe.

Tapi berdasarkan pengalaman kawan kawan yang baru pertama kali buat Visa US pada tahun ini.. harganya jauh lebih mahal berbanding semasa saya buat dulu. Maklumlah matawang kita memang jatuh. Dengarnya harga visa mencecah rm700 juga

Oleh sebab visa saya ditampal pada passport lama..jadi saya hanya perlu pastikan saya membawa kedua dia passport lama dan baru saya ke airport nanti. Kalau tak bawak salah satu, memang tak dapatlah saya nak terbang ke Orlando.

PERSEDIAAN : STOK EBM UNTUK HARIZ

Hariz bakal mencecah 11bulan ketika saya tinggalkan dia kali ini. Pulun juga lah setiap hari nak pastikan saya dapat kumpul atleast 5oz untuk tampung bekalan dia. Seawal 3bulan sebelum tarikh terbang saya dah mula kumpul stok. Tapi belum masuk kategori pulun mengepam sebab lebih banyak relax dan leka. Hukhuk.

Hanya selepas raya AidilFitri saya betul betul disiplin mengepam sehingga mengabaikan puasa 6 sebab takmahu bekalan susu drop. Jangan tiru aksi ini. Rugi juga melepaskan peluang rebut pahala puasa 6 tu.

PERSEDIAAN : BAGASI DAN PAKAIAN

Macam biasa, pihak Shaklee akan sponsor 1 luggage bag untuk leaders yang qualify ke Global Conference. Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini Shaklee bagi kami beg saiz kabin sahaja. Kecil berbanding 2tahun lepas.

Oleh sebab saiz yang kecil dan beg yang terlalu cantik untuk digunakan..saya decide tidak akan menggunakan beg baru tetapi akan gunakan beg 2tahun lepas. Pergi US mestilah bawak beg besar. Rugi tau kalau bawak beg kecik sebab dekat sana ada banyak peluang nak shopping. Jadi mesti bawa beg besar untuk bawa balik hasil tangkapan hehe.

Pihak Shaklee turut berikan kami sehelai Tshirt untuk sesi bergambar. Upline saya dari iReach juga ada hadiahkan sehelai tshirt lengan panjang yang cukup cantik dan exclusive.
Dan memandangkan dekat US sedang musim summer, maka apa yang kita pakai disini sama juga akan dipakai disana. So saya takperlu nak beli baju baju baru. Jaket tebal pun tak perlu bawa. Jimatlah space beg.

Kami dibenarkan bawa sebanyak 43kg / 2 beg luggage untuk flight nanti.

PERSEDIAAN : TUKARAN WANG

Waktu saya ke money changer di PKNS Shah Alam, rate tukaran adalah 4.07 kalau tak silap saya. Saya tukar RM1010 dan dapat 250USD  sahaja. Memang jauh beza dengan tahun 2014; tukaran 3.2usd sahaja. Apa nak buat. Kena terima hakikat.

Syukur juga sebab pihak Shaklee ada berikan kami meal allowance sebanyak usd50 x 6 kali mealtime = 300usd.

Elaun diberi untuk beberapa occasion dan aktiviti yang mana pihak Shaklee tak dapat nak sediakan seperti di Disneyland dan acara bebas bershopping di Premium Outlet. Best kan!

Kad debit juga telah diaktifkan agar saya dapat lakukan transaksi belian atau pengeluaran melalui mesin ATM di sana.


PERSEDIAAN : BEKALAN MAKANAN

Sebenarnya saya tak perlu terlalu risau bab makan. Sebab melalui pengalaman lepas, memang tak sempat pun nak lapar masa join trip dengan Shaklee ni. Tapi memandangkan kami plan nak gunakan duit elaun makan yang Shaklee bagi tu untuk shopping ( hehe!), jadi kami bawa juga sedikit bekalan nasi lemak instant keluaran Salees

PERSEDIAAN : BEKALAN VITAMIN

Yang ni part penting. Saya memang sentiasa bawa vitamin kemana mana saya pergi. Tak lengkap rasanya kalau tak makan vitamin kan.

Jadi yang saya bawa ialah;

Nutriferon agar sistem imun sentiasa tinggi untuk elak demam dan selsema atau batuk setelah perjalanan yang panjang dan jauh tu

Vitamin asas : Vitalea, Bcomplex dan Vitamin C untuk kesihatan general saya

Vitamin kurus : Lecithin dan Afalfa wajib bawa sebab trip dengan Shaklee memang bakal dihidangkan dengan makanan sedap sedap sukar ditolak. Rezeki sedap macamtu jangan ditolak kan? Lepas makan kita telan 2 vitamin ni so tak risau lemak lemak bertandang dalam badan

Ostematrix : Sangat penting untuk bantu legakan sendi dan pinggang semasa long hours flight ini. Kadang kadang bila kaki terjulur terlalu lama kebawah, maklumlah perjalanan.lebih 24jam ni boleh buat kaki rasa nak cramp je. Ostematrix lah bakal penyelamat nanti

Maka lengkaplah persediaan saya untuk ke Orlando pada tahun 2016 ini. Saya lakukan kebanyakkannya last.minit tapi alhamdulilllah akhirnya tiada apa apa yang tertinggal.

Seterusnya saya akan sambung update lagi secara berfasa ya.
Tungguuuu..

Mentor Shaklee Pergi Orlando.
Relax. Recharge. Reenergize

Mahu follow langkah kami mencapai impian dalam Shaklee.. hubungi saya agar saya dapat kongsikan caranya dengan anda

Lydzar.Rusman
013 3583434